BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 30, 2011

ku biarkan tangan ini menulis
meriwayatkan segala cerita
yang terzahir dalam sanubari
yang terbit dari hati yang jauh tersembunyi.

ku biarkan diri ini terawangan
sengaja, untuk mencari ketenangan
rela bersendiri
demi kepuasan hakiki.

ku biarkan minda ini mendatar
agar jiwa tidak bergetar
mencari indahnya sinaran
yang dipanggil kebahagiaan.

ku biarkn kali ini melangkah
tanpa mengikut arah
sehingga ia keletihan
lalu berhenti disitu
berdiri dengan seribu harapan
baru ku tahu erti makna sebuah KEHIDUPAN.

rindu

di dalam hati ini
terasa mengalir suatu perasaan
tak tahan untuk dibendung
tak mampu untuk disimpan
ingin sahaja aku luahkan
aku benar-benar rindukan DIA
namun ia tidak dizahirkan
hanya rindu dari dalam
sunyi tetapi subur
semakin mekar dan terus berbunga
ku kirimkan rindu dari jauh
agar dia terasa dekat
biarpun beribu batu
namun tersemat rapi di dalam hati
aku akan terus menunggu
sehingga kami bertemu kembali.

Friday, April 15, 2011

malam ini

malam ini,

aku keseorangan lagi
meniti hidup bertemankan sepi
entah bila akan tiba
malam yang bercahaya
seakan menyambut pesta
yang penuh dengan gembira dan ceria.
malam ini,
aku kerinduan lagi
mengingati setiap cerita lalu
seperti sudah sebati
dalam mainan hidupku.
malam ini,
aku kedinginan lagi
akibat curahan titisan hujan
dengan diselimuti balutan pakaian
aku mendapat sedikit kehangatan
aku lebih rela begini
agar dia mengerti
bahawa dalam hidup ini
masih ada insan yang membawa diri
demi melihat dia
berjaya di kemudian hari