BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 11, 2011

AKU, Dia Dan MEreKA

cerita ini mengenai kami semua iaitu aku sendiri, cyda, lin, ika, dayah, enor dan nadia. masing-masing tidak pernah menyangka akan ditakdirkan bertemu bersama di bawah satu kelas yang gila-gila. tidak mengambil masa yang lama kami semua menjadi sahabat yang setia. ada diantara kami telah mengenali satu sama lain, ada yang yang sempat bersama selama setahun setengah dan ada juga tidak sampai setahun. walaupun begitu aku dan mereka tetap erat bersahabat. di awal perkenalan, masing-masing cuba menyesuaikan diri untuk menjadi lebih mesra, dan aku macam biasa tiba-tiba sahaja menjadi terlebih mesra dalam kelas itu. buang tebiat kot hehe. aku tidak mengambil masa yang lama untuk mengenal mereka kecuali dayah, enor dan nadia yang baru bertukar ke kelasku sewaktu di tingkatan 6 atas. mulanya sedikit malu untuk mengenali mereka tetapi dengan sikap mudah mesra mereka menyebabkan perasaan malu ini hilang sedikit demi sedikit. pada hari itu bermula episod baru kami bersama guru-guru yang agak sporting kami kira bersama-sama menghidupkan diari kami di sekolah.

di dalam kelas aku berpasangan meja bersama lin. macam-macam perkara yang terjadi antara kami. duduk je bersebelahan tapi jarang berkomunikasi, asyik berkelahi dan kadang-kadang setakat senyum-senyum kambing je. aku pun sendiri tidak faham dengan situasi ini tetapi itulah yang berlaku antara aku dan lin. bila aku ada dalam kelas, dia pulak yang hilang, erm macam tu la sebaliknya. tak pernah melekat kat meja tu lama-lama. konon masing-masing bizi hehehe. yelah lin selalu sibuk dengan tugas ketua pengawasnya, yang aku pulak sibuk dengan ketua kelasnya, jadi ajk untuk majalah TINTA sekolah lagi dan yang tak boleh blah sibuk dok kacau orang lain. erm elok la tu kan hahaha. tapi aku tengok dia memang dedikasi dan komited dengan tugas. dah le garang, tegas pulak tu hihihi. asal masuk kelas je mesti muke tak senyum. tu pasal aku tak berani nak tegur dia. dia pulak rasa yang sama dengan aku bila tengok muke aku dalam kelas, masam katanya. eh eh masam ke muke aku dalam kelas, rase-rasenyer muke aku tu dah boleh dikategorikan muke kanak-kanak ribena dan riang tu kih3x. aku rase disebabkan tu lah kenapa aku dengan lin tak ngam dalam kelas

cyda dan ika ni pulak duduk bersebelahan aku dan lin. pe yang bestnye, bila masa cikgu alizah mengajar, memang diorang selamat la dari kene tanye dengan cikgu sebab aku suka sangat menyampuk cakap cikgu hehe. lagipun PA1 memang subjek feveret aku, tu pasal la aku suka menyampuk huhu. cyda dan ika tak pernah ada konflik macam aku dengan lin. diaorang ni selalu ok je. pergi mana-mana pun bersama. ini membuatkan aku sangat JELES dengan diaorang hahaha. buat kerja sekolah pun sama-sama. ape yang aku suke dengan mereka ni adalah time waktu rehat hehe, masa ni lah masing-masing dok tukar-tukar makanan, macam budak sekolah rendah je kan tapi ada kitaorang kisah wahahaha. yang penting kenyang hehe. dalam kelas selalu jugak aku panggil cyda dengan gelaran cikgu cyda, almaklumlah dulu-dulu sebelum masuk f6 ni pernah jadi guru tadika tu yang terlekat panggil nama tu kt cyda. kalau ika plak ni orang cakap la, sape-sape dapat ika memang bertuah le. mak aih lemah lembut bukan main, sopan- santun jangan cakap la memang mantap haha. disebabkan tu jugaklah ika selalu menjadi mangsa buli aku dalam kelas. sian die kan..kan..kan. aku memang suke kenakan ika sebab dia tu baik sangat, tak pernah marah kot. senyum je. tu yang aku suke sakat dia tu hehe. jahat kan! eh mane ade jahat, nakal je hihihi.

lain pulak citer dayah dengan enor ni. enor nampak je macam tu tapi pegang title kapten asrama tu. tapi yang aku pelik perangai dia tak pulak nampak macam kapten asrama (sori ye enor) huhuhu. dalam kelas pon uih jangan cakap le. suke galok hahaha tapi tulah enor, galok-galok pun pandai orangnyer.erm lagi satu pasal enor ni dia memang seorang yang gilakan gelang tangan. dengar-dengarnya satu hari nanti dia nak buka satu kedai khas untuk aksesori wanita ni. memang sesuai sangat-sangat la tu dengan dia. harap-harap tercapai impian enor tu. dayah ni plak lagi hebat, sakit-sakit dia tu boleh lagi buat orang sekeliling gelak dengan perangai dia. muke selalu slamber je macam takde pape.tapi bila dah bercakap bikin satu kelas pening kepale hehe. dah la dalam kelas macam chispmore, kejap ada kejap tak ada. aku pulak gelar dia anak kesayangan cikgu zaidi sebab cikgu concern betol dengan dayah. gaye tak pernah serius tapi kerja tetap siap, ajaib betol. dia menjadi penceria dalam kelas, kalau tak ada dayah macam sunyi sikit kelas tu jadinya.

kalau bab nadia, erm ape yek, kalau tak silap aku awal-awal dulu nadia boleh dikategorikan sebagai agak pendiam la, tapi bila dah nak abis sekolah terus kecoh. oww macam tu rupanya perangai dia hehehe. selalu kena sakat dengan dayah. punca aku tak tau kenapa tapi selalu jadi mangsa dengan dayah. dulu nadia selalu dengan akma tapi sampai bulan 7 je sebab akma mendapat tawaran ke SPA dan skang akma dah jadi jururawat. kami ni je lagi yang masih bergelar pelajar. dengan perangai gila-gila kami ni semua tak pernah menjadi batu penghalang untuk belajar di dalam kelas yang penuh ceria yang di beri nama 6AK1 atau saintifiknya FIRMA 6AK1.walaupun kadang-kadang sikap kami tidak begitu matang, dalam belajar kami tetap serius kerana matlamat kami adalah sama, untuk cemerlang dalam STPM dan meneruskan pengajian hingga ke universiti. selama setahun aku dan mereka berjuang sedaya upaya, menduduki pelbagai ujian sehinggalah tiba ke hari peperiksaan sebenar untuk menggapai keputusan yang gemilang, semuanya demi membalas usaha sendiri, pengorbanan ibu bapa, tunjuk ajar guru-guru dan sokongan sekolah.

dan hari itu telahpun tiba, kami semua berjaya mendaki puncak menara gading yang menjadi impian kami. dayah telah mendapat tempat di UUM dalam ijazah sajana muda pengurusan sumber manusia. nadia pula menuntut dalam ijazah sarjana muda sains pembangunan manusia di UPM. manakala enor juga menuntut di u yang sama dengan nadia dalam jurusan ijazah sarjana muda ekonomi. ika dan cyda sudah menjadi rezeki mereka mendapat tempat di u yang sama iaitu di UMT dan dalam jurusan yang sama, ijazah sarjana muda pengurusan (polisi dan persekitaran sosial). lin pula kini menuntut di USM dalam ijazah sarjana muda kemasyarakatan (ekonomi) dan aku......dulunya aku belajar kat UUM, sempat bersama dayah untuk satu sem dalam jurusan multimedia tetapi disebabkan bidang itu adalah di luar lingkungan, aku akhirnya melarikan diri. aku telah mempunyai telah mempunyai segala-galanya disana tapi entah kenapa aku turutkan kata hati untuk berhijrah ke tempat baru. kini aku telah melanjutkan pelajaranku di UITM dalam ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan (ekonomi perniagaan). lewat 1 sem berbanding mereka.

biarpun aku, dia dan mereka telah mempunyai kehidupan sendiri di tempat yang berbeza, ingatan sewaktu di ting6 tidak akan luput ditelah zaman. terlalu banyak memori yang tercipta, mustahil dapat dilupakan begitu sahaja dan kerana disini juga aku telah bertemu dengan seseorang yang telah berjanji untuk menjadi sahabat yang setia.
TAMAT

nadia, cyda, ika, enor, lin dan dayah

Monday, May 9, 2011

rilek2 di jeram linang

cantik giler tmpt ni wuhuuu...


smpai2 je trus amik gmbo hehe....
sejuknyer
merenung mse dpn kt air terjun hihihi
yiehaaa
amik gmbo puas2
smpt posing sblm terjun dlm air hehe

FORM 6

tiba-tiba sahaja

terasa bergetar di jiwa
apabila melihat ingatan diminda
beserta kenangan yang dibawa bersama

rasa kerinduan semakin membara
ketika terkenang hari-hari yang berlalu
sewaktu di tingkatan 6 dahulu

betapa gembiranya aku
dikelilingi teman dan guru
yang sentiasa mencoretkan cerita yang berbeza
yang sentiasa melakarkan memori yang ceria

ingin sahaja aku pulang semula
ke masa itu
untuk melepaskan segala rindu
yang terpendam sekian lama
di dalam hati yang selalu meronta
untuk kembali bersama mereka

buat sahabatku...

U, I LOVE 4EVER

DIa

aku benar-benar inginkan dia berada di sisiku
ketika senang dan susah
menemaniku setiap masa
tidak kira di mana dan bila
ku hanya inginkan diasetia dekat denganku.

aku tidak ingin meminta lebih
kerana ku tahu kasih sayangnya
terlalu mencukupi
menjadi penawar ketika duka
menjadi penyeri ketika gembira.

kau ibarat mawar yang mekar
di celah-celah dedaunan yang berguguran
hadirnya dirimu
membawa sinar ceria dalam hidupku.

namun, jarak memisahkan kita
kerana demi selautan ilmu
ku terpaksa pendamkan saja niatku itu
tetapi aku berjanji
aku dan dia akan tetap bertemu
biarpun terpaksa menunggu seribu tahun lagi.