BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 28, 2011

kisah di asrama bhg 1

Kisah ini bermula sewaktu aku mula-mula hadir ke sekolah di sebuah daerah bernama kemaman. Aku ditempatkan disekolah berasrama harian. Sejak itu aku mula belajar hidup berdikari. Untuk beberapa bulan pertama hidup di sana keadaannya seperti biasa, walaupun ada masalah tetapi aku dapat menangani dengan baik, aku rasa la hehehe. Kadang-kala ada juga masalah yang tidak dapat dielakkan. Bagiku masalah itu bukan berpunca dariku kerana ia datang dengan sendiri. Nak tahu apa? Masalah di ganggu benda sepatutnya tidak hadir di dalam hidup normal manusia, namun setiap makhluk kejadian yang dicipta oleh-Nya pasti akan berkongsi kehidupan biarpun tidak kelihatan pada mata kasar manusia. Ewahh panjang benor mukaddimah cerita ni yer hihihi. Jom mari kite mula

Cerita 1

Aku tidak pasti kejadian apa yang berlaku dahulu tetapi aku pasti kejadian ini adalah yang pertama yang berlaku ke atasku. Kedengaran di pagi yang sunyi itu bilik membasuh di asrama sekolah yang terletak bersebelahan dengan bilik dormku agak bising. Suasananya meriah seakan-akan ada pesta yang berlaku didalamnya. Waktu itu masih lagi menunjukkan jam 4.30 pagi. Mustahil sudah ramai yang bangun mandi pada waktu ini. Bukan jarang tetapi memang tiada langsung kecuali aku dan seorang senior didalam bilikku yang sentiasa bangun seawal 5.30 pagi. Mimpi apa mereka bangun awal macam ni. Mula aku tidak begitu mengendahkannya, tetapi apabila kedengaran bilik sebelah itu semakin rancak dan jam tepat menunjukkan 5 pagi . iaitu setengah jam awal dari biasa aku terus bangkit dari tidur. Dengan keadaan kelam kabut aku mengejutkan kakak seniorku untuk ke bilik mandi. Terasa begitu lewat kerana aku yakin apabila keadaan ramai begini pasti akan ramai yang beratur menunggu giliran untuk mandi termasuk aku. Dah la sorang-sorang mandi ikut suka hati je. Mau aku tertidur di dalam bilik mandi itu untuk menunggu sehingga sampai ke giliran aku. Kan naye tu. Lantas aku mencapai tuala yang tersangkut di katil dan alatan mandi lalu bergegas keluar, kak yus pula kelihatan seperti mengikut aku dari belakang. Deruan air yang jatuh ke lantai dan bunyi orang memberus baju masih lagi kedengaran. Nampaknya kali aku benar-benar telah terlambat. Suara-suara perempuan bergurau dan bergelak ketawa begitu jelas. Tapi kenapa budak- budak di dalam dormku masih lagi nyenyak tidur. Hanya aku dan kak yus saja yang tersedar dengan suasana itu. Aku mula keluar dahulu dari kak yus, terus berjalan hingga ke bilik membasuh itu. Entah kenapa aku tidak perasan ketika aku hampir sampai ke bilik itu kesemua bunyi-bunyi meriah itu hilang sekelip mata. Eh biar betul ni. Apabila kakiku betul-betul berada di hadapan pintu itu tiba-tiba saja kakiku terhenti disitu. Seperti ada sesuatu yang menolak kepalaku agar berpaling ke kiri. Lambat-lambat aku berpaling ke arah bilik itu, apa yang terzahir di pandangan mata kasarku hanyalah deretan baldi yang tersusun rapi disebelah dinding dan berus-berus yang berselerakan di atas tempat membasuh. Tiada setitik air pun yang kelihatan di atas lantai apatah lagi diluar pintu bilik itu. Tiada juga tanda-tanda seperti seseorang pernah masuk ke bilik itu. Anak mataku segera dialihkan ke hadapan iaitu ke bilik mandi. Dengan perlahan aku terus bergerak ke sana. Biarpun denagan perasaan seram yang teramat aku meneruskan hajatku untuk terus mandi. Mujur sahaja sewaktu mandi itu aku tidak diganggu sesuatu. Apabila aku pulang ke bilik selepas selesai mandi baru aku teringat akan kak yus. Di mana dia ketika aku keluar tadi???

Cerita 2

Peristiwa bangunan aspura terbakar membuatkan hanya penghuni aspuri sahaja yang tinggal bersendirian di asrama sekolah itu. Ketiadaan pelajar aspura menyebabkan ramai di antara pelajar perempuan mengambil kesempatan untuk keluar mengambil angin setelah makan malam di dewan makan asrama termasuklah aku. Kebiasannya sebelum mahgrib pasti ramai yang keluar berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah. Aku juga turut keluar untuk menghilangkan bosan selepas makan. Selalunya aku akan keluar bersama yang lain iaitu kak faridah dan rakannya kak tijah, tetapi hari itu aku tergerak hati untuk keluar secara berseorangan. Kawasan sekolah yang agak luas memungkinkan mereka berjalan tanpa bertembung antara satu sama lain. Pada ketika itu aku melalui jalan di bersebelahan makmal kemahiran hidup lama. Bangunan yang agak lama itu kelihatan sunyi tetapi aku biarkan saja kerana ketika itu masih ramai yang berada di belakangku. Aku teruskan jalanku hingga ke makmal komputer yang ketika itu baru sahaja siap pada tahun lepas. Bersebelahan makmal komputer itu terletaknya bangunan 3 tingakt makmal sains yang merangkumi kesemua subjek sains. Di tingkat bawah itu adalah makmal biologi. Aku berpusing-pusing di sekitar halaman itu yang mana terdapat dewan besar dan dewan terbuka yang kini menjadi dewan tertutup berhadapan blok makmal itu. Jam waktu itu baru sahaja menunjukkan 6.45 petang, masih awal untuk pulang ke asrama. Suasana hampir gelap seakan ingin beranjak ke malam lebih awal sedangkan semalam hari masih lagi terang benderang pada waktu ini. Gelapnya seperti mendung tetapi hari itu panas saja. Aku mula terasa tidak sedap hati. Dikelilingi bangunan besar menambahkan lagi rasa ragu disitu. Semacam saja aku lihat di dewan besar itu seakan ada sesuatu yang melihat aku dari jauh. Tiada orang lain disitu selain aku. Hendak patah semula aku rasa ada yang tidak kena. Fikiran aku mula berserabut, entah kenapa aku sendiri tidak tahu. Aku mengambil keputusan untuk melintasi makmal biologi itu untuk pulang ke asrama. Tidak sampai tiga langkah aku berjalan tiba-tiba saja terdengar tapak kasut sedang mengikutiku dari belakang! Siapa pula ni?? Sekali aku melangkah sekali itu juga derap kaki itu berbunyi. Hinggalah ke langkah yang ketujuh bunyi derapan kaki itu terus hilang di belakang yang ada hanyalah deruan angin melintas laju di sebelahku hingga terangkat sedikit tudung dan baju di bahagian bawah. Tersentak aku disitu, hati mula berdebar-debar dan tidak keruan namun aku masih lagi berupaya untuk menyembunyikan reaksi takutku. Sekali lagi aku dikejutkan dengan rangka manusia yang terletak di dalam makmal biologi itu. Rupa-rupanya aku sudah berada di tingkap makmal itu yang sedikit terbuka dan membolehkan aku melihat patung rangka itu. Aku tidak pasti sama ada itu hanyalah perasaanku saja atau tidak tetapi aku benar-benar melihat tengkotak patung itu berkalih ke arahku sambil tersenyum! Ya Allah hampir gugur jantung aku dibuatnya. Perasaan aku mula bergolak kerana ketakutan, aku mula berbolak-balik memikirkan adakah aku perlu lari atau berjalan seperti biasa kerana selepas makmal itu aku terpaksa melalui satu lagi makmal biologi yang mempunyai patung rangka manusia yang sama! Macam mana ni. Apabila teringat pesan orang tua supaya berjalan sahaja, aku terus menguatkan hati untuk berjalan sambil pandang ke hadapan tanpa melihat ke kanan dan kiri. Apa nak jadi jadilah, aku sudah tidak peduli semua itu.Sampai saja di laluan pejalan kaki aku terserempak dengan rumetku. Leganya tak terkira. Apabila melihatkan pucatnya mukaku lantas bertanya apa yang berlaku, namun jawabku tiada apa-apa. Aku tersenyum lalu pulang ke asrama dengan seribu debaran.

Tuesday, August 16, 2011

dia sahabat selamanya


Biarpun kisah ini tersimpan rapi dilubuk hati ia takkan pernah hilang dalam sejarah hidupku. Mana mungkin aku lupa kerana dialah yang pertama yang menjadi sahabat ke akhirnya.

Jan 2003

Ketika itu aku baru sahaja melangkah ke dunia baru bersama yana , faezah atau lebih senang dipanggil faez, bella dan fatin. Kebanyakkan rakanku yang lain juga mendaftar di sekolah yang sama. Setelah melalui minggu orientasi di sekolah, kami berlima ditempatkan di dalam satu kelas yang sama begitu juga rakanku yang lain. Nampaknya kami semua memang tak boleh berpisah. Sudahlah sewaktu di sekolah rendah kelas yang sama sehingga sekolah menengah pun masih juga kekal muka yang sama. Adalah juga tiga hingga empat orang pelajar baru di dalam kelasku. Mereka berempat telah duduk dimeja yang sama, tinggallah aku keseorangan. Kiranya aku yang menguasai kedua-dua buah meja ini, puas aku dapat tempat luas macam ni. Yang lain hanya tersengih sumbang, jeles la tu aku dapat tempat luas-luas hehehe. Apabila kalendar memasuki bulan yang ketiga iaitu mac kelasku yang sedikit padat itu telah menerima seorang pelajar perempuan yang baru bertukar ke sekolahku. Jelas kelihatan akan semakin meriahlah kelasku ini dengan kedatangannya. Ina nama ringkas bagi pelajar baru dan kerana meja disebelahku kosong maka disitulah dia ditempatkan di dalam kelas. Ina merupakan seorang pelajar yang cantik dan riang malah pandai pula. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan upsrnya tetapi apabila ditanya mengapa tidak menyambung di sekolah yang lebik baik , jawabnya ringkas semua sekolah adalah sama yang penting rajin atau malas sahaja. Dia juga tidak kekok untuk bergaul dengan kawanku yang lain.

Disebabkan dia duduk bersebelahanku, dia mudah untuk berbual mesra dengan yana, faez, bella dan fatin. Mereka berempat telah duduk di belakang jadi mudahlah mereka untuk berbual-bual untuk mengenali antara satu sama lain. Aku pula tidak begitu mesra dengannya sekadar senyum-senyum sahaja, bukan apa memang aku jenis yang tidak pandai bergaul dengan orang baru dikenali. Lama juga untuk aku dan ina untuk berkomunikasi dengan mesra. Keadaan itu disedari yana, faez, fatin dan bella , sejak itu mereka kerap mengenakan aku dan ina kerana kurangnya pergaulan antara kami. Bermula pada hari itu ina dan kami sering bersama-sama, tidak kira ke kantin , bersukan atau ke perpustakaan pasti kami berenam tidak akan berenggang, untuk pulang ke rumah juga bersama kerana rumah ina juga turut sama sejalan dengan kami. Dalam ramai-ramai itu rumah akulah yang paling jauh sekali , manakala rumah ina terletak 100 meter dari rumahku. Jadi sebelum aku sampai di rumahku aku pasti akan melintasi rumah ina. Dari situlah aku dan dia berkenalan dengan lebih rapat. Untuk mengurangkan jarak komunikasi yang sedia wujud antara kami. Mulanya agak malu juga untuk bercakap tetapi lama-kelamaan timbul keserasian yang tidak pernah pun aku terfikir untuk menjadi kawan baikknya. Bila dah semakin rapat tiada lagi usikan dari kawan berempatku itu mengenai aku dan ina. Sepanjang proses perkenalan yang ku kira masih singkat itu banyak juga perkara tidak diketahui oleh mereka diceritakan ina kepadaku. Semua dicerita sewaktu aku menemaninya pulang ke rumah. Aku sekadar menjadi pendengar setia. Kerap juga kami berlima diundang ke rumah ina. Kadang-kadang untuk mengulang kali pelajaran , adakalanya datang untuk menziarah ina dirumah. Sikap keluarganya yang ramah membuatkan kami tidak segan silu untuk bertandang dengan kerap ke rumahnya. Keramahan yang ditunjukkan oleh ibu ina membuatkan kami senang hati untuk berkunjung ke rumahnya, sekiranya ibunya tahu bahawa kami akan datang ke rumah pasti akan ada makanan enak yang disediakan untuk kami. Bukanlah kerana makanan kami datang tetapi kemesraan yang ada dirumah itu sering diselangi gelak ketawa pasti akan dirindui oleh kami berlima ditambah pula dengan keletah adik-adiknya yang mencuit hati.

Hampir 5 bulan ina bersama aku, yana, bella, faez dan fatin. Keputusan ujian bulan dilihat semakin memberangsangkan sejak kehadiran ina kerana dialah yang menjadi guru dalam kumpulan kami. Hubungan aku dan dia semakin rapat. Entah kenapa dalam ramai-ramai itu dia memilih aku untuk berkongsi suka dan dukanya. Sewaktu perjalanan pulang ada sahaja cerita yang ku dengar daripadanya.Aku kini apabila setiap kali hendak pulang ke rumah pasti akan singgah dirumah ina untuk mengulang kaji pelajaran, iyalah bukan mudah untuk mencari seorang sahabat yang sanggup untuk mengajar kita satu demi satu sehingga kita benar-benar menguasai akan sesuatu subjek itu. Dia pula begitu sabar orangnya ketika mengajar aku di rumah. Peluang begini bukan mudah untuk diperolehi, apabila peluang telah ditawar apa salahnya aku merebut peluang itu. Petang itu aku datang berkunjung rumahnya untuk mengulang kaji memandangkan ujian bulan terakhir semakin hampir. Yana, bella , fatin dan faez mereka pula kini lebih senang untuk belajar di perpustakaan yang terletak tidak jauh daripada kawasan rumah kami. Aku tidak berminat untuk ke sana kerana jauh dan memikirkan sudah ada yang sudi mengajar,aku mengambil keputusan untuk tidak mengikuti mereka. Mujur mereka faham dengan situasiku. Ina pula tidak dibenarkan oleh keluarganya untuk ke perpustakaan itu. Dari situlah baru aku sedari yang ina tidak pernah keluar dari rumah selain bersama keluarganya. Sedang aku menunggu ina di ruang tamu rumahnya mataku tertacap mata sebuah piano yang terletak di salah satu sudut rumah itu, sudah lama ku perhatikan kerana aku terlalu ingin belajar bermain piano sejak dulu lagi. Melihatkan dia dan adik beradiknya yang pandai mengalunkan lagu menerusi piano membuatkan hatiku ini begitu membuak-buak untuk mempelajari alat muzik itu. Lama ku pandang piano itu sehingga ku rasakan pandangan itu telah cukup untuk menembusi segala dinding yang ada di situ. Ketika aku sedang asyik mengelamun terdengar bisikan suara yang mengatakan dah tertembus piano itu dek pandangan aku. Wahhhhh terperanjat aku !!! , hampir terlompat aku dibuatnya dengan kehadirannya yang entah bila masa berada di sebelahku. Derapan tapak kakinya sewaktu menuruni anak tangga juga tidak ku perasan. Mengucap aku seketika , sabar je lah dengan perangai anak pak cik kamal ini. Ina pula terkekek-kekek ketawa melihat reaksiku sebentar tadi. Kucing pun pengsan kalau terkena kejutan sepertiku ini. Hari itu aku tidak mengulangkaji pelajaran sekolah tetapi aku belajar sesuatu yang baru iaitu bermain piano. Ina telah sudi mengajar aku bermain setelah melihat aku begitu berminat untuk mempelajari alat muzik itu. Ina begitu baik denganku. Aku kadang-kala malu sendiri apabila terkenang sikapku padanya sewaktu diawal perkenalan antara aku dan dia dan bermula saat itu aku berjanji pada diriku aku akan berada disisinya sekiranya aku diperlukan. Itulah yang aku luahkan padanya sewaktu dia bersetuju untuk mengajar aku bermain piano di rumahnya. Dia hanya tersenyum dan berkata dia telah menganggap aku sahabat karibnya sejak dia mula-mula meluahkan segala isi hatinya tentang keadaan dirinya ketika di sekolah. Aku pula tidak pandai untuk mencelah dan lebih gemar untuk mendengar, disebabkan itulah dia lebih senang untuk menceritakan hal itu kepadaku. Sambungnya lagi aku juga pandai menyimpan rahsia kerana kesemua perihal diri yang diceritakan ina kepadaku langsung tidak ku sentuh di sekolah. Bagiku cerita itu hanya tamat disitu sahaja iaitu ketika dia sampai di rumahnya. Tidak perlu diceritakan kepada orang lain sekiranya dia tidak memulakannya dahulu. Biarpun dia tidak pernah menyuruh aku supaya tidak menceritakan hal itu kepada orang lain namun dengan melihat sikapnya aku tahu dia tidak inginkan kawanku yang lain mengetahui perihalnya juga.

Setiap kali pulang dari sekolah aku pasti akan ke rumahnya untuk belajar bersamanya. Jadual mengulangkaji kami telah bertukar, pulang sahaja dari sekolah aku akan belajar dahulu sementara petangnya nanti aku datang kembali untuk belajar bermain piano. Cadangan ini telah disuarakan oleh ibu ina yang mana dia juga melihat kesungguhan ina untuk mengajarkan aku piano supaya waktu belajar tidak terganggu. Aku juga bersetuju dengan cadangan itu. Jika waktu cuti hujung minggu boleh dikatakan rumah ina itu sudah seperti rumah keduaku. Ibu bapaku tiada masalah untuk membenarkan aku pergi ke rumah ina asalkan aku memaklumkan dahulu kepada mereka tujuan asal ke sana. Yana, bella, fatin dan faez sering juga mengunjungi ina tetapi tidak sekerap dulu. Jika datang hanya untuk meluangkan masa bersama kami dan keluarga ina. Mungkin jarak rumah mereka yang agak jauh menjadi faktor mereka semakin kurang datang ke rumah ina. Sewaktu mereka datang pada hujung minggu yang lalu minggu lalu mereka terkejut melihat aku sedang belajar bermain piano bersama ina. Apa lagi mulalah sindiran mereka terhadap aku mengatakan datang ke rumah ina untuk belajar piano rupanya , selepas ini bolehlah aku bermain untuk mereka. Aku tidak kisah dengan sindiran itu kerana aku tahu mereka itu sekadar bergurau sahaja. Faez turut menunjukkan kemahirannya bermain piano. Boleh tahan. Ina bukan sekadar pandai bermain piano malah mahir bermain biola. Petang itu kami dihiburkan dengan lagu yang dimainkan oleh ina dan faez. Terlalu lama tidak berkumpul begini. Perasaan rindu menggamit di hati.

Pantas masa berlalu rupa-rupanya sudah masuk bulan yang ke 9. Maknanya peperiksaan akhir akan bermula tidak lama lagi hanya tinggal sebulan sahaja. Hubungan aku dan ina semakin rapat. Dikelas kami menjadi teman yang tiak boleh dipisahkan. Bermakna aku juga mempunyai teman seperti mereka berempat itu, tidak keseoranganlah aku kini. Kebanyakkan aktiviti banyak kami sertai bersama kecuali membabitkan sukan sekolah. Aku, fatin dan bella begitu meminati sukan sekolah. Kami bertiga telah mewakili sekolah untuk sukan bola baling sehingga ke peringkat daerah. Kami juga menyertai sukan lain serti tenis dan badminton. Ketiga-tiga sukan itu telah disertai sejak disekolah rendah lagi, sukar untuk berhenti begitu sahaja. Manakala yana dan faez mereka lebih gemar bermain bola jaring dan bola tampar. Mereka berdua telah bermain bola jaring juga sewaktu di sekolah rendah lagi, permainan bola tampar pula pada tahun ini mereka baru mula berjinak-jinak bermain. Hanya ina sahaja yang tidak menyertai mana-mana sukan. Katanya dia tidak dibenarkan bermain kerana menghidapi penyakit asma. Dia sekadar menjadi penonton setia apabila kami menjalani latihan disekolah. Dengan ketajaman akalnya tidak sukar untuk dia menyertai mana-mana pertandingan yang membabitkan pengiraan atau kuiz atau pidato. Sememangnya dia memang berbakat dalam semua itu. Tidak perlu dipertikaikan. Sekiranya dia ada memasuki sebarang pertandingan aku sentiasa berada disisinya dan menjadi penonton setianya pula. Walaupun pertandingan itu mengambil masa yang agak lama aku tidak kisah untuk menunggu. Aku sanggup menemaninya biarpun terpaksa tidak memasuki kelas. Lagi pula mereka berempat selalu menjadi penyelamat sekiranya ada guru yang bertanyakan tentang kehilangan aku. Sedangkan hanya ina yang bertanding tetapi mereka turut memberikan alasan bahawa aku juga turut serta dalam sesuatu pertandingan itu. Bijak alasan mereka. Memandangkan kebanyakkan guru amat rapat dengan kami dan tidak banyak membuat hal disekolah, selalunya alasan mereka mudah diterima oleh guru-guruku ini. Kerana merekalah aku sentiasa selamat daripada dikenakan tindakan di sekolah. Kini kami berenam kembali seperti dulu, sentiasa mengulang kaji bersama-sama. Masing-masing ada peranannya sendiri, fatin memang pintar dalam subjek geografi , bella pula dalam bahasa melayu, jika berbual pasti akan ada bahasa sastera yang terkeluar dari mulutnya. Aku pula meminati subjek sejarah , faez pendidikan Islam dan kemahiran hidup dan ina tentunya menguasai subjek selebihnya. Cara ini nampak lebih berkesan pada kami. Waktu yang semakin suntuk itupun aku masih sempat untuk belajar bermain piano. Sudah nampak sedikit perubahan kemahiran aku terhadap alat muzik itu. Tidaklah handal seperti ina dan faez tetapi tidaklah pula kedengaran canggung apabila bermain. Aku semakin bersemangat untuk berlatih. Apa yang aku boleh katakan sekarang aku sudah pandai bermain piano.

Alhamdulillah kesemua kertas peperiksaan telah tamat kami jawab selama tempoh seminggu itu. Perasaan gembira bermain di hati. Selepas ini boleh lah aku menumpukan pada alat muzik itu pula. Lagi pula keluargaku tidak bercadang untuk kemana- mana sewaktu cuti sekolah yang akan bermula esok, sekadar pulang ke kampung untuk melawat saudara mara di sana. Itu sudah menjadi perkara wajib dalam keluarga ku..Keluarga ina juga tahun ini tidak membawa keluarganya bercuti seperti sebelumnya kerana jadual kerja ayahnya yang padat pada cuti tahun ini. Masakan tidak setiap kali musim sekolah pasti ayahnya akan melancong ke tempat-tempat peranginan sama ada di dalam negara atau luar negara. Malah pada cuti penggal pertama dahulu mereka sekeluarga telah melancong ke luar negara iaitu di negara kiwi, new zealand. Itu tidak menjadi masalah kepada mereka kerana ayahnya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya tidak mustahil untuk mereka melawat ke negara eropah tersebut. Ina juga telah menghadiahkan aku seutas jam tangan buatan negara itu yang cukup mahal harganya ku kira berbanding fatin, faez , bella dan yana yang mendapat bracelet yang cantik hiasannya. Hadiah pemberiannya itu ku balas semula dengan seutas jam tangan juga sewaktu dia menyambut hari lahirnya pada 7 jun lalu. Walaupun harganya tidak semahal jam pemberiannya tetapi baginya itu sudah cukup untuk menggambarkan keikhlasan dalam sebuah persahabatan. Aku pula menghadiahkan jam tangan itu kerana untuk menunjukkan setiap hadiah yang diberikan adalah sepadan antara satu sama lain. Bagiku itu adalah yang terbaik. Tidak lama lagi sekolah akan membuka tirainya. Nampaknya kami berenam masih kekal di dalam satu kelas yang sama setelah mendapat keputusan yang agak baik di dalam kelas. Tidak sabar rasanya untuk menggegarkan kelas seperti dahulu bersama rakan sekelasku yang lain. Sikap kebudak-budakan masih menebal di dalam diri biarpun telah meninggalkan alam persekolahan rendah. Sering juga ditegur berulang kali oleh guru-guru tetapi ketika usia yang masih belum matang kami sering juga tidak mendengar kata-kata mereka. Yang tahu hanya berseronok saja.

Tahun 2004

Aku berada di tingkatan dua bersama yana, ina, faez , bella dan fatin. Kedudukan di dalam kelas juga tidak berubah, kekal di tempat yang sama, apa yang berubah ialah kelas dan tingkat. Pada hari pertama hanya kami berlima tanpa kehadiran ina. Mungkin dia tidak hadir kerana sibuk mendaftar untuk adik lelakinya yang baru sahaja memasuki tahun satu di sekolah rendah berdekatan dengan sekolah kami. Namun masuk hari ke dua dan ketiga dia juga masih tidak hadir. Aku tidak sedap hati begitu juga mereka berempat. Hendak ke rumahnya kini aku terasa malu kerana sudah dua minggu aku tidak ke rumahnya kerana menguruskan hal persekolahan. Setiap kali melintasi rumahnya pasti aku akan berhenti seketika, terpacak sahaja diluar. Langkah kakiku terasa berat untuk ke sana lantas aku terus sahaja pulang ke rumah. Niat di hati ingin ke rumahnya sekiranya dia tidak hadir ke sekolah selama seminggu. Hairan juga kerana ina langsung tidak menghantar pesan padaku untuk tempoh itu. Hal ini membuatkan aku tidak mengetahui punca sebenar dia tidak hadir ke sekolah. Ternyata sikapnya itu menimbulkan kebingungan kepada rakan sekelas termasuk aku. Waktu ini aku masih lagi tidak mempunyai telefon bimbit seperti sekarang. Jadi sebarang jika sebarang berita aku hanya tahu melalui dirinya sendiri. Hari keempat persekolahan dia tiba di sekolah dengan wajah yang ceria. Lega rasanya di hati melihat dia gembira begitu. Aku tidak mahu bertanya lanjut tentang ketidakhadirannya di sekolah kerana dia sendiri mungkin akan menceritakan hal itu kepada teman sekelas yang lain. Telahanku benar. Tidak sampai sepuluh minit di dalam kelas ramai yang menggerumuninya untuk mengetahui hal sebenar. Akibat terlalu padat di kawasan tempat dudukku, aku akhirnya bangun dari kerusi untuk ke meja sebelah. Tambahan pula ketika itu gigiku sakit membuatkan aku semakin rimas dengan keadaan itu. Ina sedikit terkejut dengan kelakuanku. Aku duduk di meja itu hingga tertidur kerana tidak tertahan dengan gigiku yang semakin berdenyut-denyut. Mujurlah hari itu kelas hanya ada pada pagi itu sahaja dan ketika guru bahasa melayu memasuki kelas aku masih lagi tertidur di situ, fatin mengetahui keadaanku mungkin kerana itulah dia tidak mengejutkan aku sehingga guru tiba di kelas. Dia memberitahu hal itu kepada bella, faez dan yana, ina pula tidak diberitahu kerana waktu itu dia sedang dikerumuni oleh rakan kelas yang lain sehingga fatin telah terlupa untuk memberitahu kepadanya tentang aku. Apabila guruku itu bertanya mengapa aku tidur di dalam kelas mereka pantas memberitahu aku mengalami sakit gigi, ditanganku kelihatan minyak angin yang ku minta dari fatin. Tamatnya kelas bahasa melayu bermakna tiada lagi kelas sehingga waktu rehat kerana cikgu masing-masing sibuk dengan mesyuarat untuk menyusun agenda sekolah pada tahun ini. Aku tersedar pada waktu rehat kerana waktu itu kelas agak sedikit bising lalu bangun dan pulang ke tempat asalku. Mereka yang lain sudah keluar berehat tetapi tidak pada ina. Aku yang baru berhasrat untuk menyambung kembali tidurku terbantut kerana tiba-tiba sahaja ina menyoalku mengapa tidak diberitahu padanya tentang aku, kedengaran sedikit marah Aku membalas dengan mengunakan kertas kerana malas untuk bercakap pada hari itu lalu menjelaskan apa yang berlaku. Aku lebih banyak mendiamkan diri di dalam kelas. Pada fikiran ina pula aku mendiamkan diri mungkin juga disebabkan dia tidak menceritakan hal sebenar kepadaku. Dia fikir aku merajuk!

Hampir seminggu juga sakit gigiku ini, berbiji-biji ubat penahan sakit yang ku terima sewaktu ke klinik telah ku telan namun sakitnya tidak juga baik. Sepanjang waktu itu aku langsung tidak bercakap dengan sesiapa hatta mereka berlima juga. Perasaan sakit lebih menguasai mindaku kala ini daripada hendak berbual dengan mereka. Ina juga tidak banyak bercakap denganku kerana tahu sikapku yang diam membatu itu. Aku tidak sengaja untuk bertindak sedemikian tetapi memang begitu sikapku sejak dulu lagi. Kasihan juga aku melihat ina kerana dia tidak banyak bercakap gara-gara aku. Pada awal persekolahan begitu banyak agenda sekolah pada waktu ini diadakan seperti sukantara, sukan sekolah , pertandingan itu, pertandingan ini termasuklah pertandingan sukan yang disertai oleh aku dan mereka berempat. Sekolahku amat bertuah pada tahun ini kerana akan menjadi tuan rumah kepada acara sukan peringkat sekolah itu. Ini bermakna pasukanku tidak perlu ke sekolah lain untuk bertanding. Boleh lah aku melawat segala acara dan pertandingan yang berlangsung disekolahku juga. Setiap tahun kemeriahan pasti terasa di sekolah apabila tiba waktu musim aktiviti begini. Pada masa inilah masing-masing cuba untuk menunjukkan bakat yang terpendam dan mencuba nasib untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi bagi mengharumkan nama sekolah, tidak terlepas juga untuk mengumpul sebanyak mana sijil penyertaan yang kini dijadikan merit untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Jika pada tahun lepas pasukanku hanya mendapat tempat kedua, tahun ini kami pasti akan berusaha untuk mendapat tempat pertama memandangkan sekolahku menjadi tuan rumah sudah pasti impian itu yang menjadi harapan kala ini. Begitu juga pasukan bola jaring yana dan faez. Ina pula seperti biasa dia yang agak menonjol dalam pertandingan yang tidak membabitkan fizikal telah menyertai pertandingan catur, sudoku dan yang berkaitan dengan sains. Nampaknya tahun ini aku dapat menemani ina bertanding kerana pada tahun lepas aku terpaksa ke sekolah lain untuk bertanding dalam sukan kegemaranku ini. Biarpun sekejap itu sudah cukup untuk menyatakan sokonganku kepadanya. Dia juga dapat melihat menonton perlawananku sekiranya masa pertandingan yang disertainya tidak bertembung dengan jadual perlawananku. Dia sentiasa ada untuk memberikan sokongan kepadaku dan juga mereka yang lain. Kadang-kadang dia ke sana padang disebelah sana untuk melihat perlawanan bola jaring yang disertai yana dan faez. Aku, fatin dan bella juga turut serta bersamanya ke sana untuk melihat kehebatan yana dan faez bermain. Agak lincah pergerakan mereka dan ku rasa tidak mustahil pada tahun ini pasukan mereka akan muncul juara setelah memperoleh tempat ketiga pada tahun lalu. Setelah dua bertanding dengan sengit akhirnya pasukan aku bersama bella , fatin dan lain-lain sekali lagi menempah tiket ke perlawanan akhir. Kami bertemu semula seteru lama yang menewaskan kami dengan jumlah jaringan yang tidak jauh berbeza. Khabar gembira juga turut dikongsi bersama pasukan yana dan faez apabila mereka juga turut sama melangkah ke peringkat akhir setelah menewaskan pasukan dari sekolah sukan yang terkenal disitu.

Ternyata kehandalan ina dalam setiap pertandingan yang disertai tidak bolah disangkal lagi. Dalan empat yang disertai tiga daripadanya memenangi tempat pertama dan satu ditempat ke tiga kerana terpaksa bersaing dalam peringkat terbuka. Dia agak berani untuk menyertai pertandingan itu yang rata-ratanya di sertai oleh pelajar menengah atas. Usahanya dikira berbaloi kerana berjaya mendapat tempat dalam pertandingan itu. Setiap pemenang yang bertanding dalam setiap acara disekolah telah disampaikan hadiah oleh pengetua ketika di perhimpunan umum. Antara mereka yang bertuah adalah semestinya ina, turut mengikut jejaknya ialah faez, yana dan pasukan mereka yang telah berjaya menghadiahkan sekolah dengan gelaran juara. Mereka selepas ini akan bertanding ke peringkat daerah pula yang pastinya akan lebih banyak cabaran yang bakal ditempuh. Aku percaya mereka sudah sedia. Pemenang demi pemenang telah dipanggil untuk menerima hadiah. Sehingga tiba yang terakhir barulah pasukanku diumumkan untuk naik ke pentas untuk menerima hadiah berbentuk pingat dan trofi. Kali ini kilaun emas tersarung di setiap ahli pasukan termasuk aku , bella dan fatin. Hal ini amat mengembirakan seluruh warga sekolah kerana pada tahun ini kesemua pasukan yang bertanding telah melayakkan diri ke peringkat daerah. Selepas ini latihan akan lebih giat dijalankan. Begitu juga ina yang turut mewakili sekolah dalam pertandingan sains anjuran pejabat pendidikan daerah yang akan diadakan di luar daerah. Setiap petang selepas pulang dari sekolah aku terus menyambung latihan bersama mereka yang lain. Akibat terlalu fokus terhadap sukan keputusan peperiksaan bulanan kami telah jatuh dengan teruk kecuali ina. Dalam ramai-ramai pelajar di dalam kelas dialah yang paling tinggi markahnya biarpun sibuk dengan latihan untuk mewakili sekolah nanti. Setiap pertandingan akan dijalankan pada bulan ketiga apa yang pasti itu mungkin perlawanan terakhirku untuk tahun ini kerana pasukanku begitu yakin bahawa kami tidak mungkin dapat melepasi halangan di peringkat ini yang mana rata-rata setiap lawan yang bertanding bukan calang-calang pasukan. Ada diantara mereka sudah pun menjejakkan kaki ke peringkat negeri. Sudah tiba masa untuk aku kembali menumpukan perhatianku di dalam kelas. Sudah dua hari ina tiada di sebelahku. Dia kini bersama ahli kumpulan yang lain dibawah kendalian guru sains kami telah ke dungun untuk pertandingan sains dan inovatif di sebuah sekolah sains di sana. Aku berpuas hati kerana berjaya menduduki tempat kedua dalam perlawanan sengit semalam. Tidak kami sangka kami berjaya menumbangkan pasukan lawan yang lebih hebat untuk ke pusingan akhir. Ternyata rezeki tidak menyebelahi sekolahku apabila tewas di tangan pasukan sekolah sukan yang agak terkenal dengan kehebatannya bersukan. Nasib yana dan faez berbeza denganku apabila mereka tewas di pusingan suku akhir. Banyak juga pelajaranku tertinggal akibat sukan itu, jenuh aku mempelajarinya semula dengan bantuan rakan-rakanku yang lain. Ketiadaan ina menambahkan lagi kesulitan yang ku hadapi sekarang.

Kerap dia tidak hadir ke sekolah sejak akhir-akhir ini. Bila ditanya tiada apa-apa. Aku tidak mahu memaksa untuk dia menjelaskan keadaan sebenar punca dia tidak hadir ke sekolah. Itu hak dia. Peperiksaan pertengahan tahun akan bermula esok. Entah bagaimana persiapan aku tanpa ina. aku banyak bergantung pada ina dalam soal-soal berkaitan pelajaran. Dalam tempoh itu hanya beberapa kali saja aku datang ke rumahnya untuk belajar kerana tidak mahu mengganggunya belajar sendiri, tambahan pula dengan keadaan wajahnya yang pucat menampakkan dirinya yang kurang sihat itu. Tetapi dalam waktu belajar itu sempat juga aku dan dia bermain piano dan biola. Sengaja untuk mengasah kembali latihan dahulu yang semakin pudar caranya. Seakan jiwa kami bersatu apabila bermain alat muzik itu. Indahnya perasaan kala itu yang begitu mendayu alunannya. Aku tidak pasti mengapa tetapi itulah yang aku dan dia rasakan. Selesai ujian pertengahan bermula cuti penggal pertama sekolah. Kali ini aku bersama rakan sekelasku yang lain telah bertolak ke pusat peranginan di tanah tinggi untuk bercuti. Percutian ini di bawah program sekolah diiringi guru kelasku dan beberapa guru yang lain. Yang menariknya hanya kelasku sahaja yang menyertai percutian ini. Namun sayang apabila ina tidak dapat turut serta kerana keluarganya akan membawa mereka sekeluarga ke ibu kota untuk melawat saudara-mara mereka disana. Cuti penggal itu akan aku gunakan dengan sebaiknya. Sewaktu perjumpaan ibu bapa bersama guru dalam majlis penyampaian buku rekod, ina ditemani kakaknya sahaja manakala ibu bapanya keluar negara atas alasan urusan kerja. Aku pula ditemani ibuku, mujur saja prestasi pelajaranku naik pada peperiksaan kali ini, kalau tidak habis aku dirumah nanti. Tiada ulasan yang buruk mengenaiku cumalah teguran membina dari guru yang menyuruh aku supaya pandai membahagikan masa antara sukan dan pelajaran. setiap pelajar yang selesai urusan itu dibenarkan pulang termasuklah aku , faez ,ina dan fatin saja. Hanya bella dan yana saja yang pulang lewat dari kami. Kehidupan sebagai pelajar diteruskan seperti biasa. Kami berenam kembali seperti dulu. Kemana sahaja pasti kami berenam. Belajar bersama di sekolah dan terus pulang. Tidak lagi singgah ke rumah ina untuk mengulang kaji pelajaran. aku pula hanya setakat menemaninya hingga ke pintu pagar villa itu sebelum pulang bersendirian ke rumah.

Tinggal beberapa bulan lagi tahun 2004 ini akan melabuhkan tirai. Dalam waktu itu aku telah bermimpi bahawa ina akan meninggalkan aku. Niat di hati ingin sahaja aku cerita hal itu kepadanya, tetapi entah kenapa seperti ada sesuatu yang tidak menghalang aku untuk berbuat demikian. Akhirnya hal itu aku pendamkan saja di dalam hati. Di dalam kelas dia banyak merenung ke arahku seperti aku telah membuat kesilapan besar dengan dirinya. Hal itu disedari mereka berempat lantas bertanya kepada ina. jawapnnya seperti biasa, tiada apa-apa. Pening aku dengan sikapnya. Bukan aku saja malah mereka juga. Kerap juga dia menyuruh aku menemaninya ke tasik yang ada di taman rekreasi di kawasan rumah kami. Katanya untuk menenangkan fikiran. Di situ kami langsung tidak berbuat apa-apa selain merenung ke arah tasik yang tenang itu. Dia langsung tidak berbicara sepatah denganku. Puas berada di tasik itu dia akan mengajakku pulang. Aku pula menjadi pak turut, ikut saja arahannya. Kadang-kala kami akan bermain alat permainan dan berkejar-kejaran. Tidak banyak perkara yang dibualkan sepanjang berada di taman itu. Pelik juga aku kerana baru sekarang ina mengajakku keluar berjalan-jalan di taman. Nampaknya keluarga ina kini memberi keizinan kepadanya untuk keluar dari rumahnya. Sepanjang masa dia lebih kerap bersama aku berbanding faez dan yang lain. Mukanya akan bertukar ceria sekiranya aku ada disisinya. Sedangkan tiada butir-butir bicara pun yang terzahir dari mulutnya. Seulas senyuman yang manis tidak pernah lekang dari bibirnya apabila bertemu denganku. Aku pun tidak pasti kenapa ina begitu gembira apabila berada denganku. Pernah juga aku bertanya hal itu kepada bella dan fatin, namun mereka juga pening sepertiku. Aku tidak kisah dengan perubahan itu kerana sejak dia kurang sihat dulu wajahnya begitu pucat dan jarang hadir ke sekolah. Mungkin dia ingin gembira seperti dulu. Aku hanya melayan karenahnya dengan sabar. Sehingga di satu hari yang mana peperiksaan akhir tahun ini hanya tinggal sekitar dua bulan sahaja ina telah mengajak aku untuk menyertai satu pertandingan mencipta lagu yang dianjurkan oleh sebuah syarikat penyiaran swasta. Dengan hadiah utama bernilai tiga ribu ringgit mustahil untuk ditolak. Namun apabila difikirkan kembali dengan kemampuanku yang sederhana dan masa yang suntuk untuk mengulang kaji pelajaran aku menolak ajakannya. Mana mungkin kami boleh bersaing dengan pencipta lagu yang lebih amatur dan profesional dari aku dan dia. Amat mustahil sekali.

Dia mula memuncungkan wajahnya denganku. Tanda marah dengan tindakanku yang menolak ajakannya. Hampir tiga hari juga merajuknya padaku. Setelah berfikir panjang dan berbincang dengan mereka berempat aku akhirnya mengalah jua dengan kehendaknya. Itu pun aku bersetuju dengan berat hati. Aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak mencipta permulaan lagu. Inikan pula sebuah lagu yang lengkap. Mati kutu aku dibuatnya. Sudahlah pelajaran entah ke mana, lagu ini pula menambah perisa dalam masalahku. Hanya sebulan saja lagi masa yang tinggal untuk lagu itu dihantar ke penerbit syarikat. Bermakna tinggal sebulan juga lagi untuk peperiksaan akhir kami. Dengar khabarnya selepas raya peperiksaan akan dimulakan. Berhempas pulas aku menyiapkan not-not lagu untuk dihantar nanti, itupun setelah berbincang dengan ina yang serba sedikit memberikan petunjuk lagu yang hendak dicipta. Proses itu berjalan dengan lancar hingga hampir ke penamat gubahan. Tiba sahaja minggu akhir penyerahan lagu ina tiba-tiba saja tidak hadir ke sekolah. Sepanjang minggu itu dia langsung tidak menampakkan dirinya ketika aku sedang berusaha untuk menyiapkan ciptaan itu sebelum bercadang untuk bersama-samanya merekodkan gubahan lagu itu. Tindakannya membuatkan hati ini menzahirkan perasaan amarah dan kecewa. Aku putus asa dengan perbuatannya yang ternyata memberikan tekanan kepadaku. Walhal esok lusa peperiksaan sudah bermula tetapi aku sanggup korbankan masa belajarku demi memenuhi permintaannya yang mustahil ini. Aku sendiri tidak yakin bahawa apa yang ku sempat baca di dalam nota kecilku itu akan terlekat dalam ingatanku. Pintu bilikku diketuk. Kelihatan sekeping surat berada di tangan ibuku lantas diberikan kepadaku. Entah siapa yang mengutus surat itu. Perlahan-lahan ku buka dan ku baca isi kandungannya. Bersama-sama sepucuk surat itu disertakan sekali sehelai kertas mengandungi gubahan lagu dan sekeping cakera padat. Melihatkan itu aku sudah tahu siapa pengirimnya. Berbekalkan barang pemberiannya aku semakin kelam kabut untuk menyiapkan lagu itu yang hanya disertakan lagu yang sudah siap di rakam bersama lagu yang belum lagi sempat ku rakam kerana aku mengalami masalah untuk mencari piano. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu mujurlah faez menawarkan bantuan membantu aku untuk menyiapkan lagu itu sepenuhnya. Mulanya agak sukar untuk menggabungkan lagu yang dimainkan itu kerana setiap muzik telah dirakam secara berasingan. Ketika perasaan putus asa menguasai diri seorang rakanku yang juga jiranku yang berbangsa cina yang mengetahui masalahku ini tampil membantuku. Kelvin merupakan rakanku sejak kecil lagi. Dia kini menyambung pelajaran di sekolah menengah kebangsaan jenis cina di bandar. Tidak sangka dia memiliki kemahiran dalam bidang audio. Waktu itu hanya tinggal sehari dari tarikh akhir penghantaran penyertaan. Dia , aku bersama faez, yana, fatin dan bella membantu aku menyiapkan sebuah lagu yang lengkap di rumahnya. Kami terpaksa merakam semula lagu itu. Mujurlah di rumah kelvin itu terdapat piano dan biola. Aku bermain piano manakala kelvin mengalunkan biola. Sehingga hari berubah ke malam barulah proses itu tamat. Aku benar-benar terhutang budi dengan kelvin yang sanggup membantu aku dan berjanji bahawa aku akan membawanya belanja makan di bandar. Keesokkan hari selepas tamatnya waktu sekolah aku dan mereka terus ke bandar untuk menghantar borang penyertaan bersama sekeping cakera padat yang mengandungi lagu berserta salinan muzik. Terasa lapang di dada apabila urusan itu telah selesai di laksanakan.

Kini aku sedang menghadapi peperiksaan akhir sekolah. Ina pula masih tidak lagi hadir ke sekolah. Entah apa sebabnya aku masih lagi tidak tahu. Masuk hari ketiga peperiksaan terdengar pengumuman daripada seorang guru yang menjaga kelasku sewaktu peperiksaan. Kata-katanya agak memeranjatkan. Seluruh kelasku menjadi hingar bingar mendengar berita itu. Ina telah berada di hospital sejak dua minggu yang lalu akibat serangan jantung! Dia baru sahaja ditempatkan di hospital di sini ahad lalu. Perkhabaran itu terlalu perit dan terasa seperti sebiji batu menghempap lalu menyempitkan dada. Bermakna dia bukan menghidap asma malah lebih teruk dari itu. Petang itu ingin saja aku terus ke hospital untuk menemuinya tetapi atas nasihat mereka bahawa aku perlu bersabar kerana tidak mahu emosi menguasai fikiran. Mereka berjanji akan turut bersamaku melawat ina memandangkan esok adalah cuti hujung minggu. Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Bermacam-macam perasaan bermain di genap hati lantaran berita tidak terduga itu. Mampukah aku untuk berhadapannya esok. Kami singgah ke kedai makan untuk bersarapan sebelum ke hospital. Kesemuanya senyap menikmati hidangan masing-masing. Sebelum bertolak kami sempat membeli sedikit buah tangan untuk ina. sampainya di sana terdapat ibu bapa serta kakaknya sahaja yang menyambut kedatangan kami manakala adiknya yang lain berada dirumah. Ina ketika sedang menikmati sarapannya. Disambutnya kedatangan aku bersama bersama dengan senyuman yang sedikit pucat berbanding dahulu. Setelah bersalaman mereka meninggalkan aku , fatin, yana, bella dan faez bersama ina. aku berdiri di sebelah kanan katilnya, mereka yang lain ada yang duduk dan ada juga berdiri sepertiku tetapi pada arah yang berbeza. masing-masing membisu termasuk aku yang tidak tahu ucapan apa yang perlu dizahirkan kepadanya. Akhinya yana bersuara menanyakan khabar dirinya dan barulah yang lain mengikuti tindakan yana itu. Aku masih kelu untuk bercakap lalu membiarkan mereka berbual dengan ina. tidak banyak perkara yang boleh dibicarakan kerana keadaan ina yang tidak mengizinkan dia terlalu banyak bercakap. Agak lama menjadi penonton aku meminta izin untuk ke tandas sebentar. Aku terus berlalu sambil anak matanya mengiringi langkahku hingga tidak kelihatan lagi. Di tandas aku bertembung dengan ibunya. Sayu sahaja anak matanya ku lihat. Aku hanya tersenyum tawar sebelum dia memanggilku. Dia mengajakku ke beranda luar, ada sesuatu yang ingin diceritakan kepadaku katanya. Satu persatu kisah dirinya terbongkar.

Kami mengambil keputusan untuk pulang kerana sudah terlalu lama di situ. Ketika bersalam dengannya aku masih lagi diam membisu biarpun hati ini begitu galau dengan keadaan dirinya. Aku ingin mengucapkan sesuatu walaupun hanya sepatah kata tetapi masih jua tidak terluah. Fikiran begitu terawang-awang hingga memadamkan segala apa yang terlintas di jiwa. Seluruh bilik ku biarkan ia gelap, sengaja untuk menyendiri tika waktu malam. Aku lebih selesa begini. Segala cerita pada pagi itu masih lagi terngiang-ngiang di kotak fikiranku. Ina telah lama menghidapi penyakit itu sejak berumur empat tahun lagi. Pakar perubatan telah mengesahkan bahawa ina tidak mampu hidup lama, paling tidak sehingga berumur sepuluh ke sebelas tahun, namun bersyukur nyawanya masih dipanjangkan sehingga kini. Dia tidak pernah berputus asa dalam hidup, selagi bernafas dia ingin hidup seperti insan normal yang lain. Belajar dan bermain seperti biasa. Menikmati kehidupan bersama orang yang tersayang. Segala keinginanya sedaya upaya akan ditunaikan oleh kedua orang tuanya demi puteri yang tercinta. Semua cerita indah itu berputar seperti biasa sehinggalah pada awal tahun ini ina tiba-tiba rebah di dalam biliknya ketika di hari pertama persekolahan. Komplikasi jantung yang dihidapi mula menyebabkan jantungnya semakin lemah. Dia dihantar ke hospital lalu ditahan di wad selama tiga hari, begitu juga apa yang berlaku pada kejadian dua minggu lepas ina ditemui tidak sedarkan diri di atas katil semasa dia ingin bertemu denganku petang hari itu untuk menghantar salinan lagu. Ibunya juga menyatakan bahawa dia tahu mengenai niat ina untuk menyertai pertandingan mencipta lagu itu denganku malah dia sendiri yang memberikan sokongan selain ahli keluarganya yang lain. Menurutnya lagi ina begitu beriya-iya untuk menyertai pertandingan itu kerana katanya pertandingan itu yang terakhir akan disertai olehnya. Dia tidak tahu bahawa petang itu ina ingin bertemu denganku begitu juga aku. Ina telah dihantar ke institut jantung negara di ibu kota kerana masalah jantungnya yang agak serius. Rentetan tu ina tidak sedarkan diri selama beberapa hari. Apabila dirinya mula dapat membuka mata perkara pertama yang ditanya adalah mengenai CD dan salinan lagu tersebut. Dari situ aku baru mengetahui mengapa ina mengutus surat kepadaku tempoh hari. Perasaan menyesal mula melingkari hati. Aku seperti tidak bersemangat untuk meneruskan sisa-sisa peperiksaan yang hanya tinggal beberapa kertas saja lagi. Kini seluruh fikiran dan jiwaku hanya terarah kepada ina. aku tidak terdaya untuk melakukan sesuatu untuk ina. sekarang aku terasa ingin selalu berada disisinya. Hal itu ku ceritakan kepada mereka berempat, ternyata sokongan dan perhatian mereka membantuku untuk meneruskan peperiksaan dengan berjaya.

Sejak hari itu aku sentiasa ke hospital menemani ina di sana. Sudah sebulan dia terlantar di wad dan kini masanya dia pulang ke rumahnya kerana keadaannya sedikit pulih. Lagipula itu permintaan ina yang tidak mahu tinggal di sana kerana terlalu sunyi dan agak bosan. Setiap kali selepas tamat waktu persekolahan aku akan terus ke rumahnya. Fatin dan yana kerap juga menziarahi ina. semuanya hadir untuk memberikan sokongan agar dia tabah menghadapi dugaan berat itu. Setiap permintaannya akan aku cuba untuk laksanakan dan aku sentiasa ingin berada disisnya meneruskan suka duka yang pernah kami laluinya bersama. Petang itu sewaktu kami sedang leka berbual ibunya hadir menghampiri pintu bilik lalu mengatakan keputusan pertandingan mencipta lagu itu akan diumumkan esok. Senarai nama pemenang akan diumumkan di dalam sebuah akhbar tempatan. Aku hanya mengangguk lantas mengucapkan terima kasih diatas info itu. Kami sendiri pun tidak berharap bahawa kami akan menang dalam pertandingan itu. Aku menyertainya pun kerana atas desakan ina, sekadar mencuba boleh lah tetapi untuk mengharapkan menang jauh sekali. Kami biarkan berita itu lalu menymbung kembali perbualan yang terhenti sebentar tadi. Aku pulang lewat sedikit kerana menikmati makan malam yang disediakan oleh keluarganya. Keluargaku tiada masalah kerana ketika ini sedang cuti sekolah jadi mereka tidak menghalangku untuk pulang lewat dari rumah ina. ketika makan bersama mereka tiba-tiba saja adik bongsunya mengatakan kepadanya bahawa ina akan berjaya memenangi tempat pertama esok. Kami semua terdiam dan akhirnya tersenyum melihat telatah adiknya yang tiba-tiba bersuara memandangkan masing-masing ketika itu ada yang sedang berbisik-bisik ada yang senyap ketika makan ada juga yang banyak ragam sewaktu makan.

Keputusan pertandingan telah diumumkan pada awal bulan disember. Aku yang begitu malas untuk membaca surat khabar pada waktu dikejutkan dengan panggilan telefon dari rumah ina. Rupa-rupanya memang suaranya yang kedengaran agak teruja untuk memberitahuku sesuatu. Apa yang diucapkan oleh adik bongsunya malam kelmarin benar-benar menjadi kenyataan. Masin juga mulut adiknya apabila nama kami dinobatkan sebagai pemenang utama dalam pertandingan tersebut. Mendengar berita itu cepat-cepat aku membelek satu persatu helaian surat khabar yang memparkan kejayaan kami. Aku bersyukur tidak terhingga dengan rezeki yang diberikan. Aku sendiri tidak menyangka dengan keputusan itu, lalu berlari sekeliling rumah seperti mendapat duit berjuta-juta yang turun dari langit kerana dalam hidupku inilah pertama kalinya aku memenangi sesebuah pertandingan sebegini. Lebih gembira kerana kemenangan itu dikongsi bersama ina.hanya seminggu saja waktu yang diberikan untuk menerima hadiah kemenangan. Hari itu ramai yang menelefon kami untuk mengucapkan tahniah diatas kejayaan itu termasuk faez, bella, yana dan fatin. Bagiku dengan bantuan mereka jugalah aku berjaya seperti ini.tidak mungkin aku akan melupakan usaha mereka membantuku dahulu. Majlis penyerahan hadiah pula akan dijalankan di ibu kota, ini bermakna kami perlu ke sana untuk mengambil hadiah. Setelah berbincang ina mungkin tidak dapat hadir kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan untuk berjalan jauh. Tinggallah aku seorang untuk ke sana. Jikalau aku pergi bersendirian mana mungkin ibu bapaku akan mengizinkan aku pergi. Mereka pula sibuk dengan kerja tiada masa untuk menemani aku ke sana. Sekali lagi salah seorang dari mereka berempat menjadi penyelamatku. Kali ini bella menemaniku bersama yana untuk ke sana, memandangkan kakaknya yang kebetulan bekerja di sana ingin pulang semula setelah bercuti di rumah. Akhirnya keluargaku memberi keizinan setelah mengetahui bahawa akan ada yang menemani aku di sana nanti.

Sebelum bertolak aku sempat ke rumah ina untuk menemuinya. Tangannya seperti tidak ingin melepaskan ku pergi. Begitu kejap sekali pegangan tangannya. Aku hanya mampu berkata tunggu aku pulang di sini. Entah mengapa hati ini terasa berat untuk meninggalkannya. Perjalanan selama beberapa jam itu bagaikan tidak terasa kerana terlalu mengenangkan ina. masih banyak perkara yang ingin aku kongsikan bersamanya tetapi masa bagaikan terlalu singkat untuk kami. Sampainya aku dirumah sewa kakak bella aku terus menelefon ina untuk mengetahui berita tentang dirinnya. Sejak dari tadi perasaanku tidak tenteram namun perasaan itu ku buang sejauh mungkin setelah mendengar suaranya biarpun kedengaran sedikit lemah. Aku tidak sabar menanti hari esok untuk menerima hadiah itu lantas terus pulang ke rumah memandang kami sempat ke stesen bas untuk membeli tiket pulang malam esok. Kerana kami bertolak pada awal pagi kami sampai di sana pada waktu petang. Kakak bella tidak sempat untuk membeli barang dapur untuk memasak malam itu lantas mengajak kami untuk makan malam di luar saja. Macam-macam perkara kami bincang pada malam itu ketika menikmati makan malam yang pastinya menyentuh mengenai hadiah kemenangan itu. Gembira rasanya jika sesekali keluar makan begini bersama rakan-rakan di luar. Tepat pada pukul sembilan setengah aku ,yana dan bella sampai di majlis penyerahan hadiah setelah dihantar oleh kakak bella. Setelah ucapan demi ucapan berlalu barulah upacara penyampaian hadiah dimulakan. Kedengaran namaku dan ina di panggil ke atas untuk menerima hadiah namun tempat ina diganti bella. Di saat kegembiraan jelas terbayang di muka, telefon bimbit bella mula bersuara menandakan ada panggilan masuk. Dia meminta izin untuk mengundurkan diri sebentar. Panggilan itu seterusnya beralih ke arahku, ketika aku menyambut suara di sana yang serak aku pasti perkara buruk telah berlaku. Dengan sedu sedan dan perlahan.......aku dikhabarkan dengan berita pemergian ina buat selamanya. Mahu sahaja hadiah di tanganku terlepas dari genggaman namun aku kuatkan hati untuk menyempurnakan majlis itu. Telefon itu ku serahkan semula kepada bella. Apabila semuanya telah selesai mereka berdua terus bertanyakan hal yang berlaku sebentar tadi. Aku memberitahu mengenai berita duka itu kepada mereka berdua. Mengucap panjang mereka mendengar perkahabaran itu. Aku pula terduduk di tangga, tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan buat masa ini. Tepat sebelas empat puluh pagi dia meninggalkan kami. Segalanya kosong buatku. Sunyi dan sepi.

Yana dan bella membantuku mengemas pakaian untuk pulang malam nanti. Aku pula sudah kehilangan kudrat untuk melakukan semua itu. Sepanjang hari itu aku dibawa berjalan di bandar untuk mengubati lara hati yang dirundung kekosongan jiwa lantaran di terjah khabar yang pasti meruntun hati sesiapa sahaja yang menerimanya. Aku dibiarkan berkelana sendiri.

Pusara ina masih merah ketika aku sampai di sana. Bersamaku hadiah kemenangan yang telah ku janji akan di bawa pulang untuk diserahkan kepadanya. Biarpun terasa sebak yang mendalam aku gagahi juga langkahku untuk menziarahi pusaranya. Aku tidak sempat menatap wajahnya buat kali yang terakhir. Jenazahnya telah disembahyangkan dan dikebumikan selepas solat zuhur semalam. Aku berteleku di situ menghadiahkan sekudus doa agar dia tenang di sana. Ku tatap pada kayu yang menjadi penanda batu nisan itu. Terasa air mata mengalir dipipi mengingati segala memori indah yang tercipta. Aku terasa kesunyian tanpa dia sisi. Di situ aku keseorangan menemani dirinya yang tidak lagi di dalam bentuk jasad yang nyata, yang ada hanyalah sebuah pusara yang masih basah dan merah. Terlalu lama aku disitu dan sudah sampai masanya untuk aku pergi. Dengan perlahan ku bangkit berdiri,melangkah, meninggalkan pusara ina. aku tinggalkan segala episod suka duka kami berdua di sana. Biarlah ia kekal, subur dan terus mewangi. Aku pasti dia bahagia di sana. Terima kasih ina kerana memberi kesempatan kepadaku untuk mengenali mu biarpun hanya seketika namun ikatan persahabatan ini akan kekal buat selamanya.

25 Disember, aku akhirnya mengikuti abangku yang ditukar ke daerah lain. Aku bertukar sekolah ke sana. Keputusanku di terima dengan baik oleh bella, yana, faez dan fatin. Mereka memahami situasiku. Manakala keluarga ina telah berpindah ke kuala lumpur kerana tidak sanggup untuk mengingati peristiwa yang berlaku disini. Hadiah pemberian itu diberikan kepadaku termasuk trofi dan sijil penyertaan ina. Aku tinggalkan segalanya disini, menjadi sejarah yang tersimpul rapi. Segalanya pasti bahawa dia adalah sahabat sejati.

TAMAT


Saturday, July 9, 2011

seadanya aku

Jiwa kosong. itulah yang hazril rasakan sekarang. setelah peristiwa itu berlaku beberapa bulan yang lalu , perasaan bersalahnya itu masih lagi bersarang dalam hatinya biarpun dia tahu itu hanyalah kebetulan. tetapi kalaulah hazril dapat mengundurkan waktu akan dia putar kembali ke masa itu agar dia tidak menanggung beban seperti ini.

Kemalangan itu telah meragut nyawa daim iaitu sahabat baik hazril sendiri dan merupakan teman lelaki puteri. Pertembungan ngeri telah berlaku antara keretanya dan daim. Hazril tidak meyangka bahawa kereta yang melanggar keretanya itu adalah kereta daim. Suasana yang gelap gelita di jalan itu telah menyebabkan banyak berlakunya kemalangan jalan raya yang rata-ratanya meragut berpuluh nyawa , dan malam itu tidak disangka nyawa teman baiknya sendiri menjadi korban. Peristiwa pahit itu berlaku apabila daim cuba memotong kereta dihadapnnya, ketika itu jelas kelihatan daim seperti tergesa-gesa mengejar sesuatu. Namun malang baginya apabila hazril muncul di selekoh tajam , dan tidak sempat untuk daim untuk memasuki laluannya semula lalu berlaku pertembungan antara dia dan hazril. Perlanggaran itu telah membuatkan kereta daim melanggar sebatang pokok lalu terbelah dua. Manakala hazril telah terhumban ke dalam gaung akibat dilanggar oleh sebuah lagi kereta yang mengekori rapat belakang keretanya. Akibat perlanggaran itu Daim telah meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan dan hazril pula amat bernasib baik kerana mengalami patah tulang rusuk dan kaki selain calar di badan. Malah sewaktu pengebumian daim , hazril tidak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.

Berita kematian daim telah diterima dengan penuh redha oleh puteri. Walaupun dia tidak menyalahinya di atas kejadian ini , namun hatinya seperti tidak tenteram apabila teringat kembali semula peristiwa itu. Hazril sering terfikir , kalaulah bukan dia yang berada di tempat kejadian, mungkin perasaannya itu tidak segundah ini. Dia tahu dalam diam puteri mungkin kecewa kerana daim telah meninggal di tangannya. Hazril juga tidak ingin ia berlaku , takdir Allah telah menoktahkan segalanya. Kini hazril terasa semakin jauh dengan puteri kerana selama ini mereka bertiga sering bersama walaupun daim dan puteri sudah menjadi pasangan mereka tidak pernah lupa akan hazril sebagai sahabat mereka.Tiada lagi gelak ketawa puteri yang sering didengari hazril sejak kehilangan daim. Dan hazril entah kenapa dia begitu memberi perhatian kepada puteri, begitu bimbangkan perasaanya dan begitu menjaga hatinya , sehingga hazril terlupa bahawa dia dan puteri sekadar teman biasa. Sejak hazril dibenarkan keluar dari hospital dia lebih banyak mendiamkan diri di rumah. Dia juga begitu malas untuk mengetahui hal luar selain peristiwa kemalangan itu. Hal pelajaran langsung tidak mahu disentuh. Teman-teman yang lain yang sentiasa menziarahinya tidak pernah lupa untuk memberikan kata-kata semangat dan nasihat agar melupakan kejadia itu dan memulakan hidup baru. Dia hanya mengangguk dan seperti biasa kata-kata itu diabaikan daripada menjengah ke mindanya. Hari-harinya lebih banyak dihabiskan di dalam bilik. Sehingga kini dia masih belum dapat melupakan peristiwa perit itu sepenuhnnya dari ingatan. Kadang kala ia dijelmakan di dalam bentuk mimpi ngeri yang menjadi igauan kala tidur malamnya. Hazril sendiri penat untuk berdepan dengan situasi ini dan asyik menyalahkan takdir yang menimpa diri.

Hari kejadian

Hazril melihat daim begitu cepat bergegas pergi setelah menghantar pulang puteri ke kolej. Dia yang kebetulan lalu di kawasan itu terserempak dengan mereka berdua yang kelihatan agak tegang. Hazril tidak berani untuk mencampuri urusan lantas melewati mereka untuk pulang ke kolej yang terletak bersebelahan kolej pelajar perempuan. Sekilas pandangan mereka tertumpu kearahnya, hazril tidak mengendahkannya kerana itu bukan urusannya lalu terus menuju ke kolej setelah keluar makan bersama teman lain. Hari ini kebanyakkan kelasnya dibatalkan keranan terdapat seminar yang melibatkan semua pensyarah dan kakitangan di universiti itu. Bermakna malam ini dapatlah hazril dan sahabatnya keluar awal untuk bermain futsal yang terletak di bandar berdekatan dengan kampus. Dia mengajak daim untuk bermain sekali kerana futsal adalah antara sukan kegemarannya. Entah kenapa daim menolak ajakan hazril dan seolah-olah cuba untuk mengelakkan diri daripada bertemu dengannya. Tidak mahu memaksa hazril hanya mengangguk. Malam itu mereka bermain sepuasnya. Gian benar untuk menendang bola tapi sayang daim tidak bersama mereka. Walhal selama ini daim yang sering bertanya tidakkah mereka mahu keluar untuk bermain futsal. Mereka jarang dapat bermain bersama kerana kekangan masa. Apabila tiba waktu begini mereka pasti akan bermain sepuas hati. Dari seorang kaki bangku daim telah mampu menjasi seorang pemain yang berbakat. Di gelanggang futsal ini jugalah tempat hazril dan daim mula mengenali puteri. Waktu itu mereka berdua baru di sem dua. Seperti pelajar lelaki yang lain mereka agak nakal lalu menyakat pelajar-pelajar perempuan yang kebetulan berada di situ. Antara ramai-ramai diantara mereka hazril dan daim lebih tertarik kepada puteri kerana puteri lebih banyak mendiamkan diri. Hazril telah lama perasan bahawa puteri adalah pelajar yang tinggal di kolej yang sama dengannya dan daim. Tinggal di tingkat yang sama malah bertentangan pula bilik mereka. Kedudukan kolej yang tidak berapa jauh memungkinkan pelajar-pelajar mampu melihat antara satu sama lain tetapi tidaklah sampai untuk menjadi seorang ‘peninjau’ haram. Semua itu betul-betul kebetulan, sering juga hazril dan puteri berbalas senyuman tetapi tidak pernah berbicara biarpun sering bertembung di kolej. Tidak sangka puteri juga meminati futsal ini. Pada mulanya dia agak keberatan untuk berkenalan dengan hazril dan daim dengan sangkanya mereka berdua cuma berniat suka-suka sahaja. Melihatkan kesungguhan dua jejaka itu benar-benar untuk berkawan dengannnya dia akhirnya menerima tawaran persahabatan oleh dua sahabat itu. Lagi pula dia telah mengenali hazril , apa salahnya berkawan dengan mereka.

Setelah puas bermain masing-masing mula mengemas untuk pulang untuk ke kolej, Cuma hazril sahaja yang tidak pulang bersama mereka kerana mahu pulang ke rumah abangnya yang terletak 10 km dari bandar memandangkan keesokkan harinya adalah hujung minggu. Pada ketika itu jam sedang menunjukkan 10 .30 malam. Mereka mula bertolak keluar , sampai di persimpangan jalan mereka akhirnya berpisah. Hazril menuju ke rumahnya abangnya , dia terpaksa melalui satu kawasan jalan yang amat gelap dan sunyi. Hanya beberapa kenderaan sahaja yang menemani termasuk sebuah kereta dibelakangnya. Akibat kegelapan malam itu sukar untuk mana-mana kenderaan untuk memotong ditambah pula dengan keadaan fizikal jalan raya itu sendiri yang berbahaya. Dia agak berhati-hati ketika memandu di kawasan itu yang sememangnya dikenali dengan laluan maut. Tiba di sebuah selekoh yang agak tajam dia dikejutkan dengan silauan lampu yang tinggi dari hadapan, tanpa sempat mengelak dia hanya mampu berserah. Selamatkah dia? Rempuhan kuat itu berlaku dengan begitu pantas , dan menggegarkan kawasan sekitarnya. Terlihat dua buah kereta berpusing di tengah jalan. Sebuah kereta akhirnya melanggar sebatang pokok lalu terputus dua manakala sebuah lagi kereta terjatuh ke dalan gaung setelah dihentam oleh kenderaan yang tidak sempat memberhentikan keretanya. Seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian , seorang parah dan dua lagi mangsa hanya mengalami kecedaraan ringan. Semua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sedar-sedar hazril telah berada di hospital. Dia masih dalam kebingunan dengan kejadian tersebut. Melihat dirinya telah kembali tenang dia telah diberitahu tentang kejadian semalam yeng telah meragut nyawa teman baiknya itu. Terdiam dia seketika meingingatkan kisah itu. Sungguh dia tidak menyangka bahawa kemalangan itu telah meragut nyawa daim iaitu sahabat karibnya sendiri. Riak mukanya jelas kelihatan kecewa dengan apa yang berlaku. Dia berharap semua itu hanyalah mimpi ngeri yang hadir dalam hidupnya. Hazril benar-benar tidak dapat menerima kenyataan itu. Kehilangan sahabat yang paling akrab sejak kecil amat memeritkan baginya. Mereka tidak pernah berenggang sejak di zaman persekolahan hingga kini , sentiasa bersama malah mendapat tempat di universiti dan dalam kursus yang sama. Alangkah bertuahnya mereka. Perginya seorang teman pasti akan menggugah emosi yang tersimpan di lubuk hati. Keluarga tersayang dan teman-teman tidak jemu berdoa diberikan kesabaran yang kuat agar dia bisa menerima ketentuan bahawa daim telah pergi buat selamanya.

Hari ini

Peperiksaan akhir semestar 4 ini begitu hampir. Hazril masih lagi tidak mahu menyentuh buku tebal miliknya. Namun begitu dia masih memberikan komitmen dalam tugasan sama ada kerja berkumpulan atau individu cuma tidak begitu bersemangat untuk belajar seperti dulu. Sikap hazril amat merisaukan teman sekelasnya. Mereka tidak mahu melihat hazril gagal kerana terlalu melayan emosinya. Kelakuan hazril ketahui oleh puteri. Mereka berdua kini telah jarang berkomunikasi setelah hazril berpindah keluar dari kolej , perbezaan masa dan kursus antara faktor mereka semakin jauh berenggang. Hal itu jelas kelihatan apabila hazril dan puteri tidak lagi bersama untuk melakukan aktiviti yang sudah menjadi agenda wajib dalam diari hidup mereka sewaktu daim masih ada. Tiada lagi kunjungan tiga sahabat ke perpustakaan dan kafe yang sering menjadi tempal berkumpul setiap hari. Hazril sendiri yang menjauhkan dirinya dari bertemu puteri kerana perasaan bersalahnya pada arwah daim. Dalam masa yang sama dia masih mengambil berat akan puteri tetapi bukan seperti dulu , sekadar memandang dari jauh. Hatinya bergolak untuk menemui puteri , ingin berbicara seperti dulu namun setiap kali langkahnya bergerak menuju ke arah puteri pasti akan ada halangan yang terbit dari jiwa membuatkan kembali berpatah arah. Puteri dilihat semakin baik emosinya sejak kehilangan daim , dia tidak menurut kata hati yang lara dan semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Perkara yang terjadi tidak perlu dikenang. Puas dia mencari hazril disekitar kelas dan taman mini yang terletak bersebelahan blok kelas mereka dan akhirnya dia menemui hazril sewaktu hazril keluar dari perpustakaan. Hazril sedikit kaget bila puteri datang untuk bertemu dengannya , dia yang seakan-akan menjauh diri dari puteri kini terbalik apabila kehadiran orang yang dirinduinya itu hadir didepan mata. Tenang sekali wajah puteri ketika mengajak hazril keluar namun disebalik itu dia merasakan kegelisahan bermain di jiwanya. Dia sendiri tidak mengerti keadaan itu. Tiba di sebuah restoran yang terletak di luar kampus masing-masing terdiam. Kelu lidah untuk berkata-kata seakan baru kali pertama berjumpa. Mujurlah ada pelayan yang tiba untuk meminta pesanan kalau tidak sampai ke petanglah mereka berdua tercatuk di situ.

Sementara menunggu pesanan kelihatan puteri bersedia untuk memulakan butir bicara. Dengan berhati-hati dia menuturkan kata memberitahu tujuan dia berjumpa hazril tidak lain tidak bukan adalah perihal mereka berdua bersama arwah daim. Hazril seakan cuba mengelak untuk berbincang mengenai isu tersebut. Ketika dia cuba untuk melupakan peristiwa itu datang pula persoalan yang tajam dari puteri mengenai hal ini. Kini dia benar-benar terperangkap. Puteri menjelaskan bahawa dia sudah lama melupakan peristiwa itu dan tidak pernah menyalahkan hazril atas apa yang berlaku dahulu namun kenapa sehingga kini hazril masih belum melupakan apa yang terjadi antara dia dan daim. Sepanjang perbualan mereka hanya puteri sahaja yang lebih banyak berkata-kata ,bertanya itu betanya ini seolah lagaknya seorang kaunselor sedang memberikan ceramah motivasi. Respon yang diterima oleh hazril begitu mengecewakan puteri. Nampaknya lelaki itu sudah hilang harapan untuk hidup dan berada di dalam dunianya sahaja. Sukar baginya untuk meyakinkan hazril supaya memulakan hidup baru kerana hanya tinggal beberapa tahun lagi mereka akan tamat pengajian. Dia tidak mahu melihat hazril mensia-siakan hidupnya kerana peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Hazril masih berkeadaan begitu. Tindakan hazril akhirnya mengundang kemarahan puteri. Tidak semena-mena air minuman di atas meja dicapai lalu disimbah ke muka hazril. Terkejut bukan kepalang hazril dengan tindakan puteri , puteri yang terlanjur dengan perbuatannya segera duduk lalu meminta maaf dengan berkata tindakannya itu bukan sengaja. Cepat-cepat dia meminta tuala dari pelayan untuk membersihkan wajah hazril. Hazril pula marah tidak . berkata pun tidak , apa yang terluah dari bibirnya sekadar perkataan maaf terhadap gadis itu. Dia sendiri bingung. Pandangan mata mereka bertaut sewaktu puteri membersihkan wajahnya. Terasa sesuatu mengalir dalam diri.

Dalam perjalanan pulang ke rumah hazril tiba-tiba sahaja teringat kata-kata yang terluah dari puteri. Setiap pertuturan itu seakan dizin untuk diproses ke dalam minda dan mengetuk pintu hati yang dulu rapat terkunci untuk mendengar segala nasihat dan kata perangsang dari orang lain. Benar kata orang hanya orang yang dicintai sahaja yang mampu mengubah segala keputusan dan pendirian hati. Adakah dia juga begitu? Sedang dia bermonolog sendiri ingatan terhadap daim memintas fikirannya. Kejadian bersama puteri pantas dibuang jauh-jauh kerana terasa bersalah dengan perbuatannya yang berubah fikiran hanya kerana puteri. Dia tidak mahu dilabel sebagai perampas setelah kawan baiknya sendiri sudah tiada. Mulai hari itu hazril seakan mendapat tonik baru untuk meneruskan kehidupannya. Bayangan daim dilempar sejauh yang mungkin agar tidak membayangi hidupnya kini. Bukan niat untuk melupakan tetapi biarlah semuanya itu menjadi memori yang tidak mungkin akan cuba dilupakan oleh hazril kerana baginya daim adalah sahabat baiknya di dunia dan di akhirat. Itu janji mereka berdua sejak dahulu lagi. Usaha puteri mula menampakkan hasil. Hazril kini lebih bersedia untuk mengambil peperiksaan akhir semestar dengan bantuan teman-teman lain. Mereka tampak gembira dengan perubahan hazril. Dia percaya biarpun di akhir semestar ini berakhir dengan duka namun dia percaya pada semestar hadapan akan tiba dengan sinar yang lebih ceria.

Majlis konvokesyen

Hari yang paling dinanti-nantikan oleh semua pelajar yang berusaha dengan penuh iltizam untuk mencapai kejayaan akhirnya tiba jua. Mereka tidak sabar-sabar untuk menggenggam skrol terisi sijil yang menjadi idaman setiap graduan untuk membuktikan bahawa mereka telah tamat dengan cemerlang kepada ibu bapa dan masyarakat. Begitu juga hazril dan puteri. Sehari sebelum majlis itu hazril terlebih dahulu menziarahi sahabat baikknya itu. Ingin berkongsi kejayaan yang dikecapi olehnya yang kini tidak dapat disambut seperti dulu. Sedang dia bertafakur disitu terdengar beberapa langkah kaki dihadapannya. Pantas dia mendongak , muncul wajah yang dikenalinya , puteri. Rupa-rupanya puteri juga menziarahi arwah daim , segera hazril bangkit dan berdiri. Terpaku sekali lagi mereka , tidak sangka akan bertemu di tempat yang sama setelah hampir berbulan lama tidak bersua. Puteri tidak berseorangan dia ditemani oleh dua orang kawannya yang turut dikenali hazril. Mereka berdualah tempat hazril dan daim bertanya tentang puteri semasa ingin mengenali puteri dahulu. Mereka juga seakan mengerti apa yang sedang berlaku sekarang tetapi tidak mahu dinyatakan kerana takut akan melukakan hati puteri. Menyedari kehadirannya di situ akan menimbulkan suasana kurang manis hazril akhirnya meminta izin untuk mengundurkan diri. Dalam menuju ke keretanya sempat juga berpaling ke arah puteri yang sedang khusyuk membacakan doa untuk arwah daim. Terdetik dihatinya adakah ini yang terakhir dia melihat puteri sedangkan hakikat sebenarnya hari terakhir itu adalah esok. Dia tahu harapannya untuk bertemu dengan puteri esok agak samar kerana jadual konvokesyennya adalah berbeza dengan puteri. Dia hanya pasrah.

Adat istiadat konvokesyen hazril telah berakhir dengan meriah. Dia telah menerima anugerah pelajar cemerlang dan mendapat keputusan dengan kepujian kelas pertama. Dia benar-benar gembira tetapi alangkah gembiranya dia sekiranya daim turut ada di situ bersama-sama meraikan kejayaannya. Dia terasa kehilangan lagi hari itu. Sewaktu sesi mengambil foto bersama teman-teman lain , hazril dikejutkan dengan kehadiran dua orang sahabat puteri. Mereka hadir tanpa puteri. Riak muka mereka seakan ragu-ragu untuk meluah kata. Setelah ditanya baru mereka bercerita. Akibat tidak mampu melihat puteri menanggung derita disebabkan hazril dan daim mereka menceritakan satu persatu hal yang berlaku sebelum kemalangan itu berlaku.

* * * * *

Daim dan puteri telah keluar bersama untuk berbincang mengenai hal mereka berdua setelah melihat hubungan mereka tidak seperti dahulu. Mereka juga kerap bergaduh dan dilihat seperti tiada lagi persefahaman dalam hubungan mereka. Hazril langsung tidak mengetahui hal itu kerana baginya selama ini dia melihat daim dan puteri seperti tiada masalah. Lagi pula dia memang tidak berminat untuk mencampuri urusan mereka berdua. Api pergaduhan mula tercetus setelah melihat puteri memakai cincin hadiah pemberian hazril sempena menyambut hari lahirnya yang pertama bersama mereka berdua. Sebenarnya cincin itu telah ditempah hazril untuk kakaknya sempena hari lahir juga yang cuma selang seminggu dari hari lahir puteri tetapi disebabkan masalah ukuran yang salah menyebabkan cincin itu tidak dapat dipakai oleh kakak hazril. Dia yang tidak mahu membazir lantas terus menjadikan cincin itu sebagai hadiah memandangkan dia sendiri belum memutuskan untuk memilih hadiah untuk puteri. Ketika itu daim masih belum meluahkan rasa hatinya kepada gadis itu. Jadi apa salahnya sekiranya dia memberikan cincin itu sebagai hadiah hari lahir puteri. Manakala daim menghadiahkan seutas jam tangan. Mereka berdua menyimpan perasaan terhadap puteri namun tidak terluah oleh perkataan. Sehingga di satu hari sedang mereka berkumpul bersama di sebuah kafe , daim membisikkan sesuatu di telinga puteri. Puteri segera berkalih ke arah hazril , dia tahu bahawa daim sedang lafaz cintanya terhadap puteri. Sebelum mereka berjumpa daim awal-awal lagi telah memberitahu rancangannya untuk melamar puteri untuk menjadi kekasihnya. Demi melihat kesungguhan daim , hazril akhirnya menarik diri untuk merebut hati puteri. Dia tidak mahu berlaku pergaduhan antara dia dan daim hanya kerana seorang perempuan. Maka dia sedia merelakan pengorbanannya demi kebahagiaan sahabatnya. Puteri jelas hampa dengan reaksi hazril sedangkan hatinya itu adalah untuk yang lain bukannya daim. Apa yang diharapkan tidak berlaku , dia akhirnya menerima lamaran lelaki itu. Untuk menyedapkan hati puteri mencuba untuk mencintai daim dan berharap dia akan terus menyuburkan cintanya buat lelaki itu.

Pemakaian cincin itu mula menjadi isu antara mereka setelah puteri terlupa untuk membuang cincin itu sewaktu bertemu daim. Daim yang terlihat cincin itu terus meledak umpama gunung berapi yang meletus di langit dan saat itu bermula episod luka antara mereka. Mujurlah daim tidak mengetahui siapa pemberi cincin itu kerana sewaktu majlis hari lahir puteri hazril datang sedikit lewat maka tiada siapa yang tahu bahawa hazrillah yang telah menghadiahkan cincin itu. Soalan demi soalan yang sering dilontar daim menyebabkan puteri bosan dengan keadaan itu. Puteri pula tidak tahu kenapa hari itu dia memakai cincin. Tiba-tiba sahaja dia membuka laci mejanya dan terlihat kotak cincin yang dibalut dengan riben merah lalu membukanya. Lantas menyarungkan cincin itu ke jari manis. Sikap daim mula berubah, dia mula marah-marah. Segala masalahnya diceritakan pada hazril. Seperti biasa hazril hanya mendiamkan diri kerana dia tahu daim mampu menyelesaikan masalahnya sendiri , apa yang daim mahukan adalah ada seseorang yang mendengar keluhannya itu. Puteri pula sering menceritakan masalahya kepada dua orang sahabat baiknya yang mengetahui konflik antara dia , daim dan hazril. Hazril cuba untuk tidak bertemu dengan puteri kerana bimbang pergaduhan akan berlaku dengan lebih teruk. Daim akhirnya mengetahui hal yang sebenarnya setelah didesak berkali-kali. Bukan niat puteri untuk menghancurkan hati lelaki itu. Perbincangan mereka tamat di situ. Daim terus menghantar pulang puteri ke kolejnya dan pada waktu itulah hazril melintasi mereka. Raut wajah daim kelihatan tegang namun cuba di tahan agar tidak menimbulkan sangsi terhadap hazril lantas Daim terus memecut keretanya keluar dari kampus itu. Hazril menyangka daim pulang ke kolej. Di beranda kolej perempuan terlihat dua sahabat puteri yeng menjadi penonton setia kejadian tadi. Mereka dapat mengagak apa yang berlaku. Puteri pula pulang dengan wajah yang sugul. Mereka begitu pasti apa yang terjadi sebentar tadi.

* * * * *

Tiada apa mampu diucapkan oleh hazril setelah mendengar penjelasan itu. Tanganya pula sekadar meraup muka yang jelas kecewa di atas apa yang berlaku. Dia telah cuba untuk membahagiakan kedua-keduanya tapi ternyata dia silap. Kini yang terpaksa menanggung derita adalah dia , puteri dan daim. Baru sekarang dia tahu kenapa sejak akhir-akhir itu daim cuba untuk mengelakkan diri dari bertemu dengannya. Hazril cuba mencari puteri tetapi menurut kawan-kawannya dia sudah pulang selepas selesai majlis konvokesyen. Pedih sekali dirasakan dan hanya berserah.

Selepas 5 tahun

Hazril bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Dia kini memiliki sebuah syarikat yang membina dan membekalkan kapal perang untuk tentera laut Malaysia bagi memantapkan sistem pertahanan negara. Hari ini juga dia akan menandatangani sebuah perjanjian mega membabitkan pembinaan tiga buah kapal perang dengan kerjasama sebuah syarikat yang membekalkan bahan binaan kapal. Sungguh minggu ini terasa indah baginya beberapa hari sebelum dia akan menandatangani projek itu dia telah menerima anugerah usahawan muda paling berjaya. Segalanya diterima dengun penuh kesyukuran diatas kurniaan Tuhan Yang Maha Pemurah ini. Berdebar-debar hazril menunggu saat itu kerana dengan projek mega itu nanti dia yakin akan mampu mengharumkan nama negara tercintanya ini. Hazril tiba di syarikat meganya , menunggu dengan penuh sabar. Pada waktu yang sama jantungnya berdenyut dengan begitu kencang sekali, hatinya pula seperti meronta-ronta untuk mengatakan sesuatu. Selang beberapa minit delegasi syarikat tersebut tiba di bilik mesyuarat hazril. Seorang demi seorang mula masuk sehingga tiba pada orang yang terakhir denyutan jantungnya semakin kuat. Degupan yang begitu laju seakan berhenti apabila melihat wakil terakhir dari legasi itu. Puteri ! benar kata hatinya yang meronta untuk menyatakan bahawa orang yang dirinduinya itu akan hadir di hadapannya. Puteri juga terkejut apabila dia sebenarnya berurusan dengan seseorang yang telah ditunggunys sejak sekian lama. Sikap aneh mereka berdua menjadi perhatian para hadirin di situ dan akhirnya ditegur oleh salah seorang pekerjanya. Hazril tersipu malu dengan kejadian itu lantas memulakan bicara meneruskan agenda yang terganggu sebentar tadi. Mesyuarat itu tidak mengambil masa yang begitu lama. Perjanjian mega bernilai berbillion ringgit itu ditandatangi kedua-dua pihak, serentak itu tangan diangkat memohon kesyukuran yang tidak terhingga kerana perjanjian itu berlaku seperti yang dirancang. Selesai sudah pihak syarikat itu dipelawa untuk menjamu selera di restoran yang terletak di bawah syarikatnya. Sempat dia menegur puteri dan tidak menyangka puteri kini telah bekerja di syarikat yang agak besar. Kata hazril lagi inilah kali kedua mereka bertemu secara kebetulan. Hazril tidak mahu berlengah lagi, dia juga tidak mahu kehilangan puteri buat kali kedua. Tidak sabar hatinya untuk mendengar bicara dari wanita kesayangannya itu sehingga dia terlupa untuk bertanya sepanjang waktu itu adakah hati wanita itu sudah dimiliki atau tidak. Hazril begitu yakin dengan kata hatinya bahawanya puteri masih belum dimiliki oleh sesiapa. Puteri hanya mendiamkan diri. Dibiarkan hazril menunggu lama untuk mendengar jawapannya membuatkan hazril menduga bahawa puteri kini telah berpunya. Terdengar keluhan berat oleh hazril. Nampaknya dia tewas lagi. Tersenyum puteri melihatkan lelaki dihadapannya itu kecewa dengan dirimya sendiri. Perlahan-lahan puteri menghampiri hazril lalu berkata mungkin ini takdirnya sambil menunjukkan cincin yang setia berada di jari manis tangan kanannya. Hazril hanya menggeleng kepalanya kerana tertipu dengan sikap puteri. Cincin hadiah pemberian pertamanya masih lagi dijari puteri menandakan dia masih bertahkta di hati wanita itu. Kelihatan bahagia mula terpancar dalam diri masing-masing dan ia akan semakin mekar hingga ke akhirnya.

tamat

Friday, July 8, 2011

cinta

cinta
apa itu cinta
macam-macam jawapan yang aku terima
cinta itu indah
cinta itu buta
cinta itu anugerah
cinta itu bahagia

ada juga yang menyatakan cinta itu cintalah
cinta antara 2 insan
tak standard betul jawapan
tapi cinta ini hanya kepada mereka yang bertuah

bagi mereka yang gagal
cinta itu menyakitkan
cinta itu derita
cinta itu gila
cinta itu menyeksakan

cinta itu pada hakikatnya adalah sesuatu yang menakjubkan
dapat menyatukan sesama insan
dapat mengeratkan hubungan
tapi bagi aku
tak kisahlah cinta itu buta ke
bisu ke
yang penting
suburkan cinta kita itu
kepada Ilahi dan Nabi
kerana DIA dan Baginda
adalah yang paling berhak untuk dicintai

bingkisan khas

teman
bingkisan ini khas buatmu
sahabat yang amat aku rindu
sahabat yang amat aku sayangi

walaupun pada ketika ini
berpuluh-puluh sahabat
telah ku temui
namun jauh di hatiku
kaulah sahabat yang paling bermakna
dalam hidupku
sudah lama tidak bertemu
biarpun begitu
aku sentiasa mendoakan
kesejahteraanmu

sahabatku kau tinggalkan kenangan
yang kini menjadi peneman setia
untuk aku mengimbau kembali
saat suka dan duka
yang kita lalui bersama

walaupun begitu
aku berjanji kepada diriku
dan juga dirimu
aku tidak akan pernah melupakanmu
kerana bagiku
kita adalah sahabat selamanya

Thursday, June 23, 2011

pergi

berat hati ini
untuk melepaskan kau pergi
tetapi jika itu kemahuanmu
aku tidak menahan
apatah lagi menghalang
malah membiarkan kau melangkah
jauh dari hidupku

setiap detik yang berlalu
begitu menyesakkan dadaku
berharap ia akan berakhir
dengan sekelip mata
kerana aku tidak lagi mampu
bertahan
biarpun seketika

aku benar-benar kecewa
kecewa dengn cerita kita
tidak ku sangka ia akan tamat begini
setelah lama menyimpul janji
terpatri di sudut hati
yang jauh tersembunyi

selangkah kau pergi
seribu keperitan melingkari diri
seakan dihujani onak berduri
sehingga aku tidak berdaya lagi
untuk meneruskan pelayaran yang suci
aku akhirnya berhenti
seiring pengakhiran cerita ini
yang telah diakhiri dengan noktah yang pasti

apa lagi yang mampu ku lakukan
sekadar melihat bebunga berterbangan
selepas ia layu ditaman
yang pernah menjadi saksi ikatan dua insan

pergilah wahai kasih
dengan penuh rela
ku lepaskan ikatan ini
buat selamanya

rebah

sering kali kita dihujani
dengan seribu dugaan
yang kadang kala
hampir membuatkan kita
rebah dan tewas
sehingga sanggup
menuding jari menyalahkan takdir
yang telah ditetapkan sejak azali

kita mula hilang pedoman
di atas segala ujian yang tiba
menghadapi hidup dengan kesakitan
kerana kurangnya IMAN di dada

dunia yang terang kini gelita
tidak terjangkau cahaya
untuk menembusi dinding yang keras
lagi suram itu
seluruh jiwa kini diam membisu
kosong dan sepi
dibiarkan tanpa pegangan
merintih mencari jalan
yang dipanggil KEBENARAN

hati yang retak mula tersusun
tatkala alunan merdu memecah kesunyian
kembali bangkit menuju destinasi
yang pasti lagi hakiki

suara itu semakin jelas
keindahan tutur bacaannya
seakan pemberi nyawa
kepada jasad yang satu ketika dulu
lemas dan layu

ayat-ayat itu
mengajar kita erti kehidupan
mengenal kembali Sang Pencipta
yang tidak pernah jauh dari kita
sentiasa ada membantu hambaNya
biarpun hambaNya itu sering alpa
akan kehadiran DIA disisi kita

jalan yang tertutup kini terbuka
lantas tangan diangkat diiringi doa
mengucap syukur tidak terhingga
kepada DIA Yang Maha Esa