BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 13, 2012

Cerita zaman kecik2


Sering kita merasakan kita dikelilingi orang lain selain keluarga sendiri sedangkan hakikatnya tidaklah begitu nyata. Ish apa yang aku dah melalut ni..fikiran tidak seiring dengan kehendak hati mulalah aku untuk berbicara tanpa haluan. Aku mungkin boleh kira dengan jari berapa agaknya kawan yang betul-betul rapat dengan aku. Ke aku yang tak pandai cari kawan sebenarnya. Kawan yang ada kat depan mata pun boleh biarkan je. Aku silap cari kawan ke ape ni. Menaip malam-malam bute macam ni memang buat aku gile. Idea pun sangkut-sangkut. Nak bercerita perkara yang dah nak bertahun hilang dari ingatan. Macam tu lah manusia cepat aje lupa.

Agak- agak otak aku yang dah nak start berkarat boleh berkilat balik ke kalau menaip malam-malam ni. Dari terus berkarat baik aku cuba je tulis kot-kot cerah balik otak aku ni sape tau. Erm macam mana ye aku boleh berkawan dengan kau. Aku tak ingatlah. Yang tau tup-tup kau dah jadi kawan aku. Ajaib kan. Dari darjah berapa entah aku kenal ngan kau. Tak sangka kau jadi kawan sekolah rendah aku sampai habis. Dah la masuk sekolah agama yang sama pulak tu. Aku tahu mase sekolah rendah dulu-dulu aku tak matang. Selalu aje buli kau. Nak buat macam mana kau ni jenis yang tak reti nak balas balik buli tu.

Tapi masa sekolah rendah jugaklah kau banyak tolong aku, teman aku pegi perpustakaan negeri, pegi shopping kat TTC tu. Fikir balik kelakar pun ada. Kecik-kecik lagi dah pandai keluar. Mujur je TTC tu dekat ngan rumah kita. Kalau tak mau kene sedas penampor ngan mak aku. Dulu masa tu jugak kita dengan nadiah duk sama-sama kat tepi tangga bergosip. Entah apa yang digosip pun aku tak tau. Cerita budak-budak la katakan. Tapi sejak nadiah lompat kelas kita tinggal berdua je sampai kita jumpa syuhadah. Tak sangka sampai darjah enam jugak kita berkawan.

Cerita masa darjah enam banyak tinggal kenangan buat aku. Kita dalam kelas suka sangat berlumba tengok markah matematik sape lagi tinggi. Kalau tak kerana kau matematik kertas 2 aku tak dapat markah penuh. Cuma yang aku tau kau memang tak boleh lawan kertas bahasa melayu 1 aku. Dah nak masuk UPSR rupanya mase tu. Ingat lagi tusyen malam-malam mase sebelum UPSR tu. Kita jalan ramai-ramai. Naili pun ada. Nak tau tiap kali balik dari tusyen malam naili selalu teman aku beli burger kat depan umah. Tu pasal aku anggap dia kawan aku paling rapat dulu. Sampai sekarang. Tak sangka aku jumpa dia lagi.

Lepas UPSR masing-masing dah mula belajar kat sekolah lain-lain termasuklah kau. Aku ok aje masa tu. Ada la dua tiga kerat bekas kelas kita mase darjah enam dulu yang sama kelas dengan aku same tingkatan 1 ngan 2 dulu. Bila aku pindah pulak masa nak masuk tingkatan 3 kau pulak baru nak masuk pindah sekolah aku. Hish kau ni dah bila aku nak pindah kat tempat lain baru kau sibuk nak belajar kat situ. Aku ingat kita boleh sambung belajar macam sekolah rendah dulu tapi nak buat macam mana takde rezeki la tu. Dah namanya berpindah memang nak berhubung memang tak la. Lagi pulak aku dah masuk asrama sekolah. Nak guna henset masa tu pun tak mampu. Takpun tak nak guna sebab nanti kene rampas ngan cikgu. Jadi hilanglah berita pasal aku ngan kau.

Berkurun jugak kita tak dengar berita masing-masing. Pejam celik pejam celik tujun tahun dah aku tak jumpa ngan kau. Kalau tak kerana fesbuk tu takde la nak mesej-mesej ni. Tapi Alhamdulillah satu hari tu sampai jugak aku kat rumah kau. Kita sambut raya sama- sama. Kau aku ngan nadiah yang baru balik dari oversea tu. Sume dah belajar tinggi-tinggi. Bangga pun ada kita jumpa macam tu. Tak sangka kawan-kawan aku dulu yang suka lepak kat tepi tangga sume berjaya masuk universiti.

Sekarang ni tak banyak cerita pasal kita bertiga sekali dengan nadiah. Syuhadah pun aku dah banyak terlupa pasal dia. Dah sibuk sekarang entah macam mana aku boleh tulis lagi cerita ni. Cerita zaman kanak-kanak tak banyak sangat aku ingat. Cuma aku tau zaman sekolah dulu aku memang nakal. Suke buli joe ngan hadi ngan kau sekali. Gangster sekali kot. Sampai naili pun takut ngan aku. Apa yang aku ingat masa dulu aku pengawas perpustakaan. Pakai baju kaler hijau. Lagi satu masa raja jatuh dari kerusi mase kat kantin dulu. Kesian kat dia. Aku pulak tak sempat nak sambut dia jatuh. Kenangan kat kantin pun best gak. Kita ramai-ramai sekelas turun makan kat bawah. Tempat mesti sama. Tak berubah langsung. Sape cepat dia dapat la meja tu. Selalunya memang kelas kita dulu yang dapat.

Otak aku skang dah nak sendat ni duk mikir cerita ape nak masuk dalam ni. Sebenarnya banyak tapi ini aje yang mampu aku tulis izzati. Kalau ada yang lain tu kita cerita dalam hati je la. Tak semua aku mampu nak dikongsikan secara bersama. Yang rahsia tu biarlah kekal menjadi misteri. Aku dah cerita apa yang terlintas dalam fikiran aku. Jadi cukuplah untuk kau tau, aku buat cerita ini untuk kau. Ikhlas dari hati...

Untuk kawan aku.
IZZATI ISMAIL