BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 13, 2012

Cerita zaman kecik2


Sering kita merasakan kita dikelilingi orang lain selain keluarga sendiri sedangkan hakikatnya tidaklah begitu nyata. Ish apa yang aku dah melalut ni..fikiran tidak seiring dengan kehendak hati mulalah aku untuk berbicara tanpa haluan. Aku mungkin boleh kira dengan jari berapa agaknya kawan yang betul-betul rapat dengan aku. Ke aku yang tak pandai cari kawan sebenarnya. Kawan yang ada kat depan mata pun boleh biarkan je. Aku silap cari kawan ke ape ni. Menaip malam-malam bute macam ni memang buat aku gile. Idea pun sangkut-sangkut. Nak bercerita perkara yang dah nak bertahun hilang dari ingatan. Macam tu lah manusia cepat aje lupa.

Agak- agak otak aku yang dah nak start berkarat boleh berkilat balik ke kalau menaip malam-malam ni. Dari terus berkarat baik aku cuba je tulis kot-kot cerah balik otak aku ni sape tau. Erm macam mana ye aku boleh berkawan dengan kau. Aku tak ingatlah. Yang tau tup-tup kau dah jadi kawan aku. Ajaib kan. Dari darjah berapa entah aku kenal ngan kau. Tak sangka kau jadi kawan sekolah rendah aku sampai habis. Dah la masuk sekolah agama yang sama pulak tu. Aku tahu mase sekolah rendah dulu-dulu aku tak matang. Selalu aje buli kau. Nak buat macam mana kau ni jenis yang tak reti nak balas balik buli tu.

Tapi masa sekolah rendah jugaklah kau banyak tolong aku, teman aku pegi perpustakaan negeri, pegi shopping kat TTC tu. Fikir balik kelakar pun ada. Kecik-kecik lagi dah pandai keluar. Mujur je TTC tu dekat ngan rumah kita. Kalau tak mau kene sedas penampor ngan mak aku. Dulu masa tu jugak kita dengan nadiah duk sama-sama kat tepi tangga bergosip. Entah apa yang digosip pun aku tak tau. Cerita budak-budak la katakan. Tapi sejak nadiah lompat kelas kita tinggal berdua je sampai kita jumpa syuhadah. Tak sangka sampai darjah enam jugak kita berkawan.

Cerita masa darjah enam banyak tinggal kenangan buat aku. Kita dalam kelas suka sangat berlumba tengok markah matematik sape lagi tinggi. Kalau tak kerana kau matematik kertas 2 aku tak dapat markah penuh. Cuma yang aku tau kau memang tak boleh lawan kertas bahasa melayu 1 aku. Dah nak masuk UPSR rupanya mase tu. Ingat lagi tusyen malam-malam mase sebelum UPSR tu. Kita jalan ramai-ramai. Naili pun ada. Nak tau tiap kali balik dari tusyen malam naili selalu teman aku beli burger kat depan umah. Tu pasal aku anggap dia kawan aku paling rapat dulu. Sampai sekarang. Tak sangka aku jumpa dia lagi.

Lepas UPSR masing-masing dah mula belajar kat sekolah lain-lain termasuklah kau. Aku ok aje masa tu. Ada la dua tiga kerat bekas kelas kita mase darjah enam dulu yang sama kelas dengan aku same tingkatan 1 ngan 2 dulu. Bila aku pindah pulak masa nak masuk tingkatan 3 kau pulak baru nak masuk pindah sekolah aku. Hish kau ni dah bila aku nak pindah kat tempat lain baru kau sibuk nak belajar kat situ. Aku ingat kita boleh sambung belajar macam sekolah rendah dulu tapi nak buat macam mana takde rezeki la tu. Dah namanya berpindah memang nak berhubung memang tak la. Lagi pulak aku dah masuk asrama sekolah. Nak guna henset masa tu pun tak mampu. Takpun tak nak guna sebab nanti kene rampas ngan cikgu. Jadi hilanglah berita pasal aku ngan kau.

Berkurun jugak kita tak dengar berita masing-masing. Pejam celik pejam celik tujun tahun dah aku tak jumpa ngan kau. Kalau tak kerana fesbuk tu takde la nak mesej-mesej ni. Tapi Alhamdulillah satu hari tu sampai jugak aku kat rumah kau. Kita sambut raya sama- sama. Kau aku ngan nadiah yang baru balik dari oversea tu. Sume dah belajar tinggi-tinggi. Bangga pun ada kita jumpa macam tu. Tak sangka kawan-kawan aku dulu yang suka lepak kat tepi tangga sume berjaya masuk universiti.

Sekarang ni tak banyak cerita pasal kita bertiga sekali dengan nadiah. Syuhadah pun aku dah banyak terlupa pasal dia. Dah sibuk sekarang entah macam mana aku boleh tulis lagi cerita ni. Cerita zaman kanak-kanak tak banyak sangat aku ingat. Cuma aku tau zaman sekolah dulu aku memang nakal. Suke buli joe ngan hadi ngan kau sekali. Gangster sekali kot. Sampai naili pun takut ngan aku. Apa yang aku ingat masa dulu aku pengawas perpustakaan. Pakai baju kaler hijau. Lagi satu masa raja jatuh dari kerusi mase kat kantin dulu. Kesian kat dia. Aku pulak tak sempat nak sambut dia jatuh. Kenangan kat kantin pun best gak. Kita ramai-ramai sekelas turun makan kat bawah. Tempat mesti sama. Tak berubah langsung. Sape cepat dia dapat la meja tu. Selalunya memang kelas kita dulu yang dapat.

Otak aku skang dah nak sendat ni duk mikir cerita ape nak masuk dalam ni. Sebenarnya banyak tapi ini aje yang mampu aku tulis izzati. Kalau ada yang lain tu kita cerita dalam hati je la. Tak semua aku mampu nak dikongsikan secara bersama. Yang rahsia tu biarlah kekal menjadi misteri. Aku dah cerita apa yang terlintas dalam fikiran aku. Jadi cukuplah untuk kau tau, aku buat cerita ini untuk kau. Ikhlas dari hati...

Untuk kawan aku.
IZZATI ISMAIL

Wednesday, July 25, 2012

Namamu teratas

Seringkali ungkapan rindu lahir dari lubuk yang paling dalam hatiku. Mengingatkan kamu setiap masa dalam kehidupan ini. Indahnya kenangan dan peristiwa yang bermain diminda yang tidak pernah mengenal erti berputus asa dalam melewati detik-detik masa yang terindah di masa lalu. Tidak pula berani untuk menyatakn kenangan itu akan kembali semula tetapi ikatan yang menghubungkan dua insan tidak perlukan memori itu diputarkan kembali. Biarkan ia kekal disitu tanpa diusik dan diubah. Benar kata sahabat baru, mendoakan kesejahteraan orang itu lebih baik daripada berprangsaka buruk. Mendoakan kegembiraan orang lain agar dia terus mengingati kita walaupun tidak bersua muka.

Dia yang di sebut adalah sahabat lama, mungkin tidak , mungkin masih lagi diperingkat usia jagung barangkali namun dia membawa erti besar dalam diri ini. Tidak pasti apa yang memberi kelainan dalam dirinya berbanding yang lain. Tetapi dapat dirasakan dia adalah berbeza dari orang lain. Kehadirannya seakan membawa sinar kepada seluruh waktu ibarat bunga mawar merah yang mampu memberi ceria dan cahaya yang terang untuk kehidupan disekelilingnya. Tapi apakan daya penglihatanku seakan terhijab untuk melihat kecantikan sebenar. Dia ibarat mawar yang sangat berduri, tajam dan sakit apabila disentuh. Sekadar pandangan mata kasar memberitahu, hati pula bagai mengiyakan isyarat itu. Diri ini telah tersilap membuat penilaian pada pandangan pertama.

Sedangkan masa telah berlalu dengan sekelip mata, hati ini masih keras untuk melihat kebaikan dan kecantikan didalam bunga mawar tersebut. Terasa ingin mencuba mendekati namun ada saja gerak hati yang menjadi batu penghalang. Pernah terlintas di kotak fikiran sampai bila harus bersikap begitu. Perit juga bila difikirkan kembali waktu itu yang membiarkan saja setiap saat pergi begitu sahaja. Dia akhirnya seakan menjadi bunga mawar yang dingin lagi layu apabila diletakkan di sebelah ais yang sejuk membeku dan keras.

Dia mawar yang berada di kelompok hidupnya sendiri. Dia juga seakan pohon sakura yang memberi harapan dan sandaran pada mereka yang setia berada di bawah kuntuman-kuntuman sakura yang berguguran berterbangan bertebaran di setiap sisi mereka. Mudahnya dia didekati tanpa perasaan tercalar dan dilukai. Sehingga terfikir dia tidak sesuai hidup di tanah sejuk lagi kaku. Bagiku biarpun beku tetapi terasa mengalirnya cemburu di dasar tanah yang menghangatkan ruang-ruang kecil di sekelilingnya. Aku yang mengasingkan dia tetapi aku juga yang terluka. Mahu sahaja aku membawa bunga mawar itu ditanam di tempat yang lebih baik buat dirinya agar dia terus berseri seperti semula.

Tahun demi tahun bunga mawar itu kembali segar dan tanah yang dulunya sejuk dan keras mula mencair dan subur. Terdapat takungan seolah tasik yang bersedia untuk mengalir memberi jasa kepada tumbuhan di sekitarnya. Mungkin ada benarnya perpisahan akan memberi sedikit waktu untuk menilai kembali tingkah laku yang dianggap tidak matang dalam merangka sebuah hubungan. Aku dan dia semakin baik dalam persahabatan biarpun ia mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Aku mengakui penilaian pertamaku dahulu adalah silap dan aku memohon maaf diatas segala kekhilafan diri terhadap dia. Andai bunga mawar itu tidak lagi bersama tanah yang semakin menghijau itu biarkanlah kerana haruman bunga itu akan kekal mewangi selagi aku percaya pada sesuatu yang bernama persahabatan.

Dan akhirnya Aku tinggalkan cerita ini demi dia....AZLIN

Kawan saya

Saya mempunyai seorang kawan (tidak perlu dinyatakan namanya) yang mula tersenarai dalam kawan yang masih berhubung dengan saya dan kenapa saya menceritakan kisah ini saya sendiri pun tidak pasti tetapi mungkin saya nak menceritakan bagaimana dia termasuk senarai wajib kawan yang perlu diingati kot hehe.

Kami berkenalan pada 3-4 tahun yang lepas. Tak pasti betol ke tak usia perkenalan tu. Pada mulanya perkenalan saya dan dia tak begitu baik atau kata yang lebih baik tak memuaskanlah hehe. Sepanjang 2 tahun di awal perkenalan, macam ada yang tak kena dengan kami. Nak kata bergaduh tidak, nak cakap berkawan baik pun tidak. Berkawan tapi tak mesra macam tu lah kot hehe. Bagaimanapun sampai sekarang saya dan dia tetap berkawan. Boleh bergurau lagi. Masih lagi berhubung walaupun saya sudah berpindah ke kuantan. Kami sewaktu kenal seakan tidak sependapat (rase-rasenye la) siap ade grup masing-masing lagi. Saya dengan pelajar lama sekolah dan dia pula sebagai pelajar baru di sekolah duduk bersama dengan kawan-kawan baru yang mendaftar di sekolah saya. Ketika itu saya berada di tingkatan 6 bawah pada tahun 2008. Grup saya menganggap kumpulan mereka sebagai kerek dan sering tidak berpuas hati dengan mereka. Sedangkan mereka takde pape pun hoho.

Hampir sebulan dilantik menjadi penolong ketua kelas, saya rasa tidak elok untuk berada di kumpulan sendiri. Saya mula bergerak ke arah kumpulan mereka. Saya tak nak dicop berat sebelah pulak nanti kate asyik dengan kumpulan yang sama aje. Oleh itu saya memulakan langkah pertama. Sebagai seorang yang berwibawa di dalam kelas (saya suka memuji diri sendiri wahahaha) saya menegur kunpulan mereka. Hemm ada respon, respon yang sangat baik dari pihak mereka, tetapi nampak macam kurang dari dia. Okay takpe, saya tak kisah asalkan orang lain menerima saya.

Waktu itu sudah hampir ke peperiksaan akhir tahun dan pada waktu itu saya sendiri tidak ingat bila hehe saya dan bersama-sama satu kelas telah mengadakan perbincangan untuk membuat lawatan kelas. Kirenyer pergi enjoy la sebelum masuk 6 atas nanti. Ini semua cadangan daripada cikgu kelas saya. Beliau suka sangat pergi jalan jadi dia telah mengesyorkan cadangan itu kepada kami dan ternyata kami semua mempersetujuinya. Maka di satu hari berangkatlah kami ke Bentong dan seterusnya ke K.L. Sewaktu di sana seperti terdapat konflik antara saya dan kawan saya itu. Masing-masing tidak bercakap, nak tegur lagi la, nak senyum memang macam tak ikhlas la haha. Nak aje saya bagitau kat dia yang saya tak puas hati sangat dengan dia tapi saya sendiri pening apa yang saya tak puas hati sangat dengan dia. Saya rasa ada tapi saya dah tak ingat apa dia hehe. Konflik itu berlarutan sehingga ke tingkatan 6 atas.

Sewaktu menunggu tibanya hari pertama ke sekolah dalam beberapa itu, saya telah menerima satu pesanan ringkas atau sms lah kan dari rakan sekelas yang mendapat mendapat kelas yang sama dengan saya. Saya ingat lagi pesanan itu yang dia ingin memilih pasangan semeja yang sepatutnya akan duduk dengan saya tetapi bertukar untuk menjadi pasangan semeja dengannya. Pada waktu itu hanya ada empat orang pelajar perempuan melayu sahaja yang datang dari kelas yang sama semasa tingkatan 6 bawah dulu. Saya menjadi serba salah. Tetapi kesian pun ada kerana kawan saya itu seakan tidak ngam dengan dia pada waktu itu. Sekiranya saya bersetuju bermakna saya akan semeja dengannya. Alamak !!! dek kerana saya kesiankan kawan saya itu saya bersetuju untuk memberikan pasangan semeja saya dengan kawan saya itu. Akhirnya duduklah saya dengan si dia.

Pada bulan-bulan awal persekolahan kami memang jarang bersemuka. Biarpun duduk bersebelahan meja. Biasalah pada awal-awal bulan begini banyak aktiviti yang dibuat di sekolah lagi-lagi waktu adanya sukantara dan sukan sekolah, itu belom lagi dengan hal kelab dan persatuannya. Jumpe-jumpe pon masa ujian kelas je. Masa masuk bulan ke tiga (kalau tak silap la) ada program untuk budak-budak peperiksaan awam termasuklah kelas saya. Ramai yang tak ikut termasuk dia, ingat join program psikologi tu dapat kenal sket dengan dia tapi dia tak join pulak. Em biarlah saya pon tak kisah. Bila ada dua-dua rasa macam kaku je. Apa dalam B.I nye 'akward' katenye hehe. Macam tulah antara saya dengan dia. Dah macam perang dingin pon ada.

Kalau bercakap pon tak macam dengan kawan-kawan yang lain dan saya rasa perbualan antara saya dengan dia rasanya tak sampai pun 30 minit. Kalau lebih tu memang pelik hahaha. Apatah lagi kini masing-masing ada jawatan di dalam sekolah. Nak bercakap pon tengok masa. Tambahan pulak dia ada kumpulan adik-beradik di sekolah. Dia seorang ketua pengawas manakala saya seorang ketua kelas dan ahli di dalam pembikinan majalah sekolah. Kadangkala untuk satu hari itu pernah saya tidak masuk ke kelas begitu juga dengan dia tetapi dia sekali sekala sahaja tidak seperti saya. Dia seperti lebih banyak menghabiskan masanya dengan kumpulannya yang terdiri daripada beberapa orang pengawas. Jadi perjumpaan mereka lebih tertumpu kepada disiplin dan hal-hal pelajar sekolah.

Saya lebih banyak menghabiskan masa di dewan sekolah untuk tugas mengumpul para pelajar untuk sesi mengambil foto-foto untuk pelajar kelas dan juga persatuan serta kelab. Tugas ini kadangkala membuatkan saya terpaksa memontengkan diri saya dari kelas selama seminggu hehehe. Layan karenah budak-budak sekolah ini memang memenatkan, itu yang membuatkan tugas saya semakin rumit. Tugas saya hanya berhenti sewaktu ujian pertengahan tahun bermula. Selepas itu kembali semula menyambung tugas yang terhenti seketika. Apabila itu berlaku masing-masing mula bertanya kepada rakan lain tentang diri masing-masing. Apa tidaknya bila saya ada di dalam kelas, dia pula yang takde dan bila dia pula yang ada di dalam kelas, saya pula yang hilang entah ke mana. Ini berlaku semasa ketiadaan guru dan bila kelas ada barulah kami berdua terpacak di atas kerusi. Hebat bukan hehe.

Sepanjang-panjang waktu kelas bukan tidak bercakap sepatah pun, ada juga saya dan bercakap dengannya itu pun sekali sekala. Saya dah cuba untuk membuat mesra dengannya tapi nampaknya seakan tak menjadi la. Menyedari saya sendiri yang semakin kurang berada di dalam kelas saya berusaha juga untuk berbual dengannya seperti kawan-kawan saya yang lain. Terasa kaku sangat mungkin sebab kami jarang berjumpa dan bercakap kot. Sampaikan jiran sebelah meja saya pon pelik dengan sikap kami berdua. Mungkin silap saya kot sebab saya terlalu sibuk dengan majalah sekolah hinggakan tiada waktu di dalam kelas dan penat menguruskan hal berkaitan majalah sekolah. Hampir 2 ke 3 bulan saya sentiasa pulang ke rumah pada jam 5 petang untuk menyiapkan projek majalah sekolah. Malam itu pula diteruskan lagi dengan aktiviti kelas malam. Penat gile tu.

Erm baru saya teringat, kalau tak silap saya sepanjang adanya kelas malam memang tak pernah ditegurnya si dia tu hehe (jahat gile). Bukan apa dia duduk di asrama jadi dia akan datang dengan grup dari asrama juga yang merangkap kawan sekelas saya juga hehe. Tapi macam mana pun terasa perbezaan budak asrama dengan budak luar ni hoho. Kadang-kadang saya buat jahat pergi lari ke tempat lain bila dia ada di dalam kelas hahaha sebab saya yakin sangat bila dia ada kat sebelah saya pun kitaorang tak akan berbual panjang punyer lah, sama ada saya akan pergi mengacau kawan saya yang lain atau kawan dia yang datang berjumpa dengannya di dalam kelas. Maka berbuallah mereka berdua atau bertiga dan saya bergerak ke tempat lain untuk mengacau kawan-kawan saya yang lain. (yang ini sebab bosan ok)

Diam tak diam nak dekat peperiksaan akhir dah rupenyer. Masa tu lah masing-masing berjumpa dan meminta maaf sebelum menjawab peperiksaan nanti. Dalam waktu yang tak tinggal beberapa hari tu hihi sempat jugak saya dan dia bersama-sama kawan sekelas yang lain menyambut hari lahir guru kelas kesayangan saya (juga tak perlu dinyatakan namanya haha). Timbul la sedikit rasa kemesraan tu. Dah nak last-last day macam ni baru ada mesra, itupun saya rasa mesra-mesra kucing. Percaya tak kalau saya cakap saya tak save no fon dia hahaha.(sengal)

Saya save no fon dia masa sudah belajar di universiti, itu pun secara tak tersengaja terserempak no fon yang tidak dikenali tapi saya rasa macam cam no tu lalu dengan langkah yang berani saya sms no itu dengan mengatakan adakah no itu no dia. Dan dia balas ya. Owh masa itu barulah saya perasan no itu no dia rupanya (terbaek punyer perangai). Dengan sms ringkas pada waktu itu dengan berbunyi selamat berbuka pose saya dan dia semakin menjadi kawan yang sebenarnya =,=!!

Sehingga kini kami masih lagi berkawan walaupun sudah lama tidak berjumpa dan bersms. Tidak berjumpa tidak bermakna dia dilupakan. Dia masih ada walaupun jauh. Bak kata seorang sahabat senyap tidak beerti melupakan tetapi sebagai peluang agar diri ini diingati. Tetapi macam mana pun ada satu saya nak bagitahu, sampai sekarang saya masih lagi tak mampu untuk bercakap secara berdepan dengannya hahaha.

Jadi tamatlah sudah kisah kawan yang termasuk dalam senarai kawan yang perlu diingati ini.

Sekian time kacih =)