BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 30, 2011

Dia sentiasa disisiku..

dia menghirup udara segar di atas puncak bukit peranginan yang terkenal di negara ini. sungguh segar rasanya . bagaikan mendapat tenaga baru yang menyegarkan jiwa. terkedu dia di situ kerana inilah pertama kalinya dia menghargai kehidupannya . segala kenangan silam yang pahit dilempar sejauh yang mugkin agar tidak membaluti kehidupannya kini. mempunyai seorang isteri yang cukup sifatnya, yang sempurna bagi seorang lelaki yang normal sepertinya . ditambah pula dengan kehadiran zuriat lelaki yang sudah cukup menggambarkan kebahagiaan yang dikecapinya. namun kebahagiaan itu bagaikan retak menanti belah akibat perbuatannya sendiri . dia seakan tidak mahu mengingati segla kisahnya dahulu tetapi kadang kala kenangan itu menjengah ke mindanya seperti filem-filem yang diputarkan kembali..
imbas kembali
nizam seorang yang mesra dan baik sifatnya . dia mendirikan rumah tangganya dengan wanita pilihannya iaitu nur azira . di awal perkahwinan semua tampak bahagia . entah dimana silapnya, hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, tiba-tiba goyah dilanda gelora. nizam berubah sikap sewaktu zira hamil 6 bulan . sedangkan waktu itu zira amat memerlukan nizam . dia bekerja sehingga lewat malam, kadang kala tidak pulang ke rumah , kebajikan isterinya diabaikan. alasannya ingin menambahkan pendapatan mereka . zira bukanlah seorang suri rumah malah dia mempunyai jawatan tinggi dalam sebuah syarikat animasi . tambahan pula nizam telah dikaitkan dengan seorang wanita yang dianggap sebbagai pelangganya. keadaan ini menimbulkan kegalauan kepada zira . puas dia bertanyakan tentang hal itu kepada nizam dan seperti kebiasaan nizam menjadi lekas marah dan panas baran . sikap itu jauh dari nizam yabg pernah zira kenali dahulu. suasana aman telahpun bergolak . keadaan menjadi genting pada suatu hari, ketika nizam berada di pejabat biasa, isterinya keseorangan di rumah , mujurlah ketika itu shima rakan baik zira menjenguknya, zira hampir-hampir jatuh di tangga akibat licin namun sempat ditahan oleh shima . keadaan itu menyebabkab pendarahan berlaku. pada waktu yang sama tiba-tiba nizam terasa nafasnya terhenjut lantas memegang dadanya. dia terjatuh akhirnya . peristiwa itu mengundang pelbagai reaksi di luar pejabat . pekerjanya terkejut tatkala melihat nizam berkeadaan begitu . keadaan mula panik . mereka memanggil sufian, teman baik nizam . diantara mereka, disuruhnya menghubungi ambulans . shima cuba menghubungi nizam tapi gagal . keluarga zira juga turut berbuat demikian namun jawapannya tetap sama . hal ini telah membangkitkan kemarahan keluarga zira . akhirnya zira keseorangan melahirkan zuriat mereka tanpa nizam di sisi.
nizam tersedar dan kini dia berada di wad di hospital yang sama dengan zira tetapi masing-masing tidak menyedari keadaan itu . pintu dketuk, sufian ditemani oleh doktor dan seorang jururawat masuk dan merapatinya. nizam hanya mengangguk setelah mendengar penjelasan doktor tersebut . sufian hanya membiarkan nizam begitu, dia tahu nizam sukar menerima berita itu . setelah keadaan nizam mula reda sufian datang memberitahunya bahawa zira telah selamat melahirkan bayi lelaki untuknya . dia menghenyakkan kepalanya ke bantal . hampir 3 bulan dia menghilangkan diri dari keluarga terutamanya azira . bayi lelakinya hanya sekali sahaja dijenguk, itupun dengan sembunyi, datang sekadar melaksanakan tuntutan agama dengan bantuan jururawat yang bertugas disitu tanpa pengetahuan azira sekeluarga . sebelum pulang sempat dia mengambil gambar anak lelakinya itu untuk dijadikan pengubat rindu . zira semakin pening dengan tindakan nizam . bermacam-macam perasan yang ditanggungnya, marah , benci dan sayang silih berganti, namun tekad baginya untuk membenci lelaki itu yang telah mengkhianati diri dan anaknya . tiba-tiba telefonnya berdering, di skrin tertera nama lelaki yang dibencinya. sudahlah dibiarkan bergantung tanpa bertali tidak pernah bertanya khabar mengenai anaknya. telefon diangkat . kedengaran suara serak-serak basah di hujung talian. zira sekadaracuh tak acuh sahaja menjawab panggilan itu . pemilik suara itu telah membuat permintaan yang mengejutkan zira . setelah 7 bulan lamanya baru sekarang nizam meminta keizinan untuk berjumpa mereka berdua . zira bersetuju dan berjanji akan berjumpanya di tempat yang sering dikunjungi mereka dulu . hati nizam begitu berbunga mendengar berita itu. apabila tiba hari itu, nizam menunggu mereka berdua dengan perasaan yang bercampur baur, ceria dan berdebar . azira menepati janjinya apabila datang menemui nizam bersama bayi lelaki mereka sambil ditemani shima . zira hairan melihat keadaan nizam yang pucat dan sedikit kurus namun dia hanya mengendahkannya sahaja . nizam pantas menyambut mereka dan mendukunganak itu diberi nama asyraf . tidak menangis malah begitu gembira bayi lelaki itu sewaktu dipangku oleh nizam seolah - olah mereka telah lama bersama . zira meminta nizam duduk kerana terdapat beberapa hal yang ingin dibincangkannya . satu persatu perkara yang dibicarakan oleh isterinya itu didengarnya dengan penuh sabar sehinggalah zira mengeluarkan sepucuk surat beserta sampul berwarna coklat muda dihadapannya . dia dapat mengagak kandungan surat tersebut . niam mengharapkan itu tidak berlaku namun apakan daya keputusan itu muktamad bagi zira . dia juga tidak mampu menghalang kerana semua itu berlaku adalah akibat dari perbuatannya terhadap zira dahulu. segala dokumen penceraian itu telah siap diproses hanya menunggu ditandatangani oleh pihak nizam sahaja . nizam tanpa soal terus menandatangani kesemua dokumen itu, langsung tidak bertanyakan isi kandungannya . terkedu zira dengan kelakuan nizam, seolah - olah lelaki itu merelai perpisahan mereka . tanpa diduga nizam bangun dan menyerahkan asyraf kepada zira . dia membawa beg kertas yang mengandungi barang permainan lalu dikeluarkan barang itu dan diserahkan kepada asyraf, sempat dia berpesan pada bayi kecil itu agar jangan melupakan dirinya . bayi itu merengek seakan tahu nizam ingin meninggalkannya. setelah mengucup bayi itu dia melangkah beberapa jarak namun berhenti , berpaling pada zira mengatakan sekiranya perintah mahkamah sudah dikeluarkan, hubungi sahaja dia . dia akan datang pada waktunya . nizam meneruskan langkahnya, sempat dia membuang sesuatu di sebelah tong sampah di situ lalu terus menuju ke kereta . apabila nizam lenyap dari pandangan mereka bertiga, shima datang menemui zira . dia hairan dengan tingkah laku nizam lalu bertanyakan hal itu pada zira . zira menggeleng tidak tahu dan menyatakan hal yang sama pada sahabatnya itu . shima menyedari sesuatu, di tong sampah itu terdapat dua beg kertas yang berbeza saiznya . perkara itu disedarinys sejak tadi sewaktu nizam memberikan permainan kepada asyraf . dia terlihat 2 beg kertas bersebelahan nizam tetapi hanya beg kertas kecil sahaja yang diambil oleh nizam . shima terkocoh - kocoh mendapatkan beg kertas itu. dia terkejut kerana didalamnya terdapat sepasang baju kurung halus buatannya . dia dapat meneka perbuatan nizam . zira yang hairan dengan tindakan shima berjalan mendapatkan sahabatnya . dia hanya terdiam setelah shima menunjukkan kandungan beg tersebut . tak terkata dia disitu.
prosiding mahkamah bermula, nizam hadir tanpa ditemani oleh sesiapa peguam malah sufian sendiri . kemas berbaju kemeja beserta songkok, dia memasuki kamar perbicaraan . seluruh ahli keluarga azira berada di situ . peguam zira tanpa membuang masa terus membentangkan hujah-hujanhnya . setiap penghujahan itu hanya dibalas anggukan oleh nizam . tiada sebarang bantahan dilakukan oleh nizam . wajah nizam tampak kosong. penghujahan dari pihak zira selesai sudah kini tiba giliran nizam . dia sekadar menggeleng. hal ini telah mengejutkan wajah-wajah yang berada di dalam mahkamah itu . jarang sekali terdapat kes penceraian yang membabitkan sesuatu pihak yang bersetuju sepenuhnya dengan permintaan pihak lain . tanpa membuang masa hakim memutuskan agar nizam melafazkan cerai kepada zira sekiranya kedua - dua pihak telah bersetuju bersaksikan beliau dan hadirin yang ada . dia mengangguk . dengan lafaz yang mulia dia melafazkan cerai " dengan ini saya mohd nizam b syukri menceraikan nur azira...." , "nanti !". kederangan seseorang yang membantah . azira! keadaan menjadi hingar - bingar seketika . suasan menjadi terkawal selepas zira menjelaskan tindakannya itu dihadapan hakim dan hadirin di situ . nizam terpinga - pinga dengan keadaan itu. dia masih di situ dengan wajah seperti orang kehilangan arah . setelah mahkamah sah membatalkan penceraian itu barulah dia melangkah keluar dari kamar . dia mengucapkan terima kasih pada azira kerana membatalkan penceraian itu dan terus berlalu keluar dari perkarangan mahkamah. dengan langkah yang perlahan dia mencari surau terdekat untuk melaksanakan sujud syukur . surau itu tiba - tiba kecoh. para jemaah yang berada dalam surau itu terus mendapatkan nizam yang rebah setelah selesai melaksanakan sujud syukurnya . sufian yang kebetulan berada di surau itu untuk menghadiri prosiding perbicaraan nizam terus membawanya ke hospital . nizam tidak sedarkan dan diletakkan di pengawasan unit rawatan rapi . azira menyedari kehilangan nizam cuba menghubungi suaminya itu. dia terkejut kerana yang menjawab itu bukanlah nizam tetapi sufian. dia menerangkan keadaan nizam yang kini koma di hospital . hampir terjatuh dia di situ , sempat dipapah oleh shima . tanpa berlengah dia terus menuju ke hospital untuk menemui nizam.
sudah beberapa hari berlalu namun tiada tanda-tanda nizam akan sedarkan diri. doktor memberi kepastian bahawa nizam akan sedar dalam tempoh seminggu . jantung zira berdegup laju kencang apabila diberitahu oleh doktor bahawa nizam telah menghidapi penyakit paru - paru berair tahap 2 . dia kesal kerana tidak mengetahui hal ini dengan awal namun dia pasrah dengan ketentuan Tuhan . lambat - lambat dia membuka matanya , perit kerana di sinari lampu yang terang . kelihatan seluruh keluarganya berkumpul disekeliling, manakala zira setia berada di sisinya . belum sempat nizam berkata - kata zira dahulu yang menerpa, bertanyakan pelbagai soalan sehingga terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga . hanya ucapan maaf sahaja yang terluah dari bibirnya . mereka sekeluarga meminta izin untuk pulang memandangkan hari sudahpun lewat . hanya zira yang menemaninya di situ. menjaganya persis seorang jururawat peribadi . dia benar - benar terharu . berita nizam yang telah sedar telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh keluarga dan pekerjanya . tak putus - putus tetamu yang terdiri dari para pekerjanya datang melawat , jika dahulu dia merupakan seorang ketua yang serius dan tegas , kini dia sudah pandai berjenaka . riuh rendah jadinya di wad itu setiap kali ada pelawat yang menziarahinya . kini hampir 8 hari dia sedardan tiap - tiap itu jugalah zira datang untuk menjaganya . selesai urusan di pejabat zira akan datang melawat suaminya . pada hari pertama dia menjaga nizam, dia telah dikejutkan dengan pemberian sejambak bunga beserta . bunga itu telah diberi oleh jururawat yang bertugas di kaunter wad.

~ Assalamualaikum
pertama - tama - tama - tama skali saya ingin meminta maaf banyak - banyak dengan awak sebab terlalu banyak kesilapan saya terhadap awak dan membuatkan awak terluka dengan saya . saya menyedari hakikat itu namun saya sendiri tidak tahu caranya untuk menebus kesalahan saya pada awak dan asyraf . awak adalah seorang isteri yang sangat sempurna tapi hati saya buta untuk menilai semua itu . minta maaf juga kerana saya terpaksa merahsiakan penyakit saya dari pengetahuan awak . saya tak sanggup menambahkan beban awak akibat perbuatan saya dulu dengan penyakit saya . mesti awak penatkan . saya tak nak melihat awak derita lagi kerana saya . tetapi dalam waktu yang sama saya masih mengharapkan awak akan memberi peluang kedua buat saya . tak sangka surat awak hari tu menoktahkan segalanya . saya rela berpisah sekiranya itu yang terbaik buat awak dan asyraf . saya sangat terkejut bila awak membatalkan penceraian kita dan khabar itu betul - betul membuatkan saya gembira . gembira sangat - sangat . terima kasih yea sayang kerana sudi memberikan peluang kedua buat saya . saya menyesal dengan perbuatan saya dahulu. hidup saya kosong tanpa kehadiran awak disisi saya . saya benar - benar cintakan awak azira . saya berjanji saya tak akan menyakiti hati awak lagi sampai bila - bila dan akan menyayangi awak sehingga ke akhir hayat saya

love,
nizam..~

azira datang lalu menghampiri nizam di beranda hotel. memeluk erat dari belakang suaminya itu . nizam berpaling dan membalas pelukan zira . asyraf bayi lelaki mereka pula nyenyak tidur setelah melalui perjalanan yang meletihkannya untuk bercuti di bukit peranginan itu . kini tiada lagi badai yang melanda, hanyalah bahtera yang kukuh dibina atas kasing sayang yang setia..

TAMAT

0 comments: