BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 15, 2011

malam ini

malam ini,

aku keseorangan lagi
meniti hidup bertemankan sepi
entah bila akan tiba
malam yang bercahaya
seakan menyambut pesta
yang penuh dengan gembira dan ceria.
malam ini,
aku kerinduan lagi
mengingati setiap cerita lalu
seperti sudah sebati
dalam mainan hidupku.
malam ini,
aku kedinginan lagi
akibat curahan titisan hujan
dengan diselimuti balutan pakaian
aku mendapat sedikit kehangatan
aku lebih rela begini
agar dia mengerti
bahawa dalam hidup ini
masih ada insan yang membawa diri
demi melihat dia
berjaya di kemudian hari

0 comments: