BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 9, 2011

DIa

aku benar-benar inginkan dia berada di sisiku
ketika senang dan susah
menemaniku setiap masa
tidak kira di mana dan bila
ku hanya inginkan diasetia dekat denganku.

aku tidak ingin meminta lebih
kerana ku tahu kasih sayangnya
terlalu mencukupi
menjadi penawar ketika duka
menjadi penyeri ketika gembira.

kau ibarat mawar yang mekar
di celah-celah dedaunan yang berguguran
hadirnya dirimu
membawa sinar ceria dalam hidupku.

namun, jarak memisahkan kita
kerana demi selautan ilmu
ku terpaksa pendamkan saja niatku itu
tetapi aku berjanji
aku dan dia akan tetap bertemu
biarpun terpaksa menunggu seribu tahun lagi.

2 comments:

Johari Hamzah said...

huhu.. ;(

azie aka jie said...

owoh bakpe lop joe sedih g2..