BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 19, 2010

peluang kedua

aku berjalan-jalan di ibu kota .Malam-malam kat sini cantik jugak aku sendiri je yang tak perasan. Nama je anak jati KL tp tentang k.l pon aku tak tau . penat berjalan aku singgah kejap kat Dtaran Merdeka. meriah jugak. dah lama aku tak keluar macam ni .kali terakhir aku keluar pun pada 3 tahun yang lepas .lepas tu aku dah tak keluar malam. takde mood. dah macam-macam cara kawan-kawan aku ajak keluar tapi ade je alasan aku beri.itula inilah tapi entah kenapa malam ni, terbukak pulak pintu hati aku nak keluar. aik macam ade rahsia je. memang ade rahsia pon. dulu pada 3 tahun yang lepas aku selalu lepak kat Dataran Merdeka, kalau tak kat situ aku lepak kat dataran Putrajaya. lepak pulak dengan awek aku. memang layan. tapi itu dulu la.lepas aku clash dengan dia, habit yang selalu aku buat tu terus aku tinggalkan. malas nak kenang kisah lalu. tapi kadang-kadang aku fikir bodohnye akuputus dengan die. ego la katakan. padahal hal tu kecik je. em bodoh betul aku. tak pasal-pasal dia lari ke luar negara. habis aku kene marah dengan famili aku...problem tu sebenarnye macam ni dia suruh aku bawak dia pergi berjumpa dengan famili aku tu je dan famili aku pon memang nak jumpa sangat dengan bakal menantunya tu tapi aku cakap bila-bila nanti pon boleh bawak jumpa dengan famili aku..ape yang menjadi punca dia marah tu adalah disebabkan salah aku sendiri yang berjanji akan bawak die berjumpa dengan famili aku tapi janji itu tak pernah aku kotakan..menyesal pon dah tak guna. tapi yang sebenarnye aku masih cintakan dia. rindunya aku kat die. menyesal betul. skang aku cume boleh berharap selepas ni aku boleh bertemu dengannya lagi. pastu nak minta maaf. skang ni famili aku ada syarat baru pulak, kalau aku tak dapat cari pengganti dia , mak aku nak kahwinkan aku dengan gadis pilihan dia. alamakkkk kes naya ni. lagipun kata mak aku, umur aku sesuai sangat kalau berumah tangga ni. alah aku baru 29 tahun bukan 39 tahun. aiseh mana aku nak cari time-time macam ni. kejam betl syarat famili aku ni. em kalaulah aku dapat jumpa dengan dia waktu ni.terus je aku lamar dia jadi bini aku. tu kalau dia setuju kalau tak....arghh malunye aku. tapi kalau die tolak pon bukan salah dia, tapi salah aku. dah putus senang-senang je nak terima balik, pastu nak kawen. gile ke ape. ah tapi takpe , belum cuba belum tahu. 'aduh' tiba-tiba aku dengar ade orang mengaduh. rupa-rupanya ade sorang awek ni jatuh kat depan aku, sebabnya aku pegi langgar die. MashaAllah rupe-rupenye aku berkhayal sampai aku tak sedar aku dah terlanggar seseorang. aku cepat-cepat minta maaf. aku tolong dia bangun. 'eh..shafik' aik mana die tahu nama aku ni. lepas aku kaku dalam 2-3 saat, barulah aku tersedar Sarah rupanya, bekas awek aku. lain benar dia kini. tiba-tiba aku dan die terdiam. mungkin teringat kisah lalu.sepintas aku terlihat ada cahaya lalu di hadapanku dan cahaya itu adalah bunga api. la tak teringat pulak aku malam ni malam Merdeka. patut la ade bunga api. langit k.l pada waktu itu terang-bnderang dan dataran ini meriah dilimpahi dengan cahaya bunga api itu. aku dan sarah masih disitu. setelah tamatnya persembahan bunga api, aku tidak berlengah untuk mendekatinya dan menyatakan hasrat murni ku ini, namun belum sempat aku meluahkannya, tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki. kacau daun betullah mamat ni..mesra betul mereka. adus terlepas aku..takde harapan aku malam ni..sedang aku meracau sorang diri..sarah memanggil aku, memperkenalkan aku dengan lelaki itu, haziq teman sekerja sarah.dia menjelaskan haziq merupakan kawan baiknya dan lelaki itu sudah pun bertunang. fuhh lega aku..aik tapi macam mana sarah tahu aku fikir tentang ni..musykil pulak time tu..magic ni..setelah lama berbual haziq meminta diri untuk pulang. aku yang tersipu-sipu malu bertanya kenapa dia memperkenalkan aku dengan haziq dan macam mana dia tahu yang aku......'macam la saya tak kenal awak'..aik macam tu je dia jawab. aku makin pening..sambungnya lagi 'ai takkan awak ni tak faham-faham lagi'..eh la rupe-rupenye dia masih cintakan aku lagi..yuhuuuu..gembiranya aku..nak je aku peluk dia time tu..tapi emm faham-faham jela hehe..aku minta maaf atas apa yang terjadi dan kali ini aku berjanji padanya yang aku takkan lepaskan dia lagi walau apa pun yang akan terjadi...

tamat....

0 comments: